Oleh: Siti Nursyahirah Binti Abdul Latip

Menjalani kehidupan yang seimbang itu tidak mudah apalagi di era yang serba mencabar ini. Hal ini juga tidak kira kepada individu yang sudah bekerja mahupun masih menjalankan tugas sebagai belajar. Oleh itu, bagi seorang pelajar, mereka kena tahu bagaimana untuk mengimbangi masa untuk belajar dan masa untuk melakukan aktiviti lain seperti beriadah dan bersenam.

Pada pendapat Nur Izzati, beliau cuba mengurus masa secara efektif. Baginya, individu yang pandai membahagikan masa antara pembelajaran dan aspek kesihatan akan menghasilkan hidup yang lebih berkualiti. “Pengurusan masa turut membolehkan pelajar berupaya mengimbangi antara keperluan pelajar, peribadi dan keperluan yang lain”, tambahnya lagi.

Bagi sesetengah pelajar pula, mereka memilih untuk bersenam kerana ketika melakukan aktiviti senaman tubuh badan akan menghasilkan hormon endorfin yang membantu untuk mengurangkan stres individu. Menurut Muhammad Hafis pula, beliau bersetuju bahawa bersenam merupakan salah satu kaedah yang sihat untuk mengawal dan mengurangkan tekanan dalam hidup.

Antara contoh-contoh senaman dan aktiviti riadah yang boleh dilakukan secara individu adalah berjoging, brisk walk, lompat tali dan senaman-senaman aerobik.

Muhammad Hafis yang sering meluangkan masa mendaki bukit di sekitar Tanjung Malim.

Setelah tahu cara-cara dan senaman yang boleh dibuat secara individu, pelajar juga boleh menetapkan mindset  untuk melakukan riadah secara konsisten. Selain itu, pelajar juga boleh menggunakan pakaian dan kasut yang sesuai untuk selesa melakukan aktiviti riadah.

Senaman dan beriadah secara konsisten akan memberi kesan yang baik kepada badan kita seperti stamina akan bertambah baik. Tambahan lagi, boleh terhindar daripada penyakit-penyakit seperti obesiti dan darah tinggi.

Riadah adalah penting kerana ia merupakan aktiviti yang dapat memastikan kesihatan diri kita terjamin. Sebelum nasi menjadi bubur, adalah rasional untuk kita mengamalkan aktiviti riadah kerana mencegah lebih baik daripada merawat.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)