Oleh: Fajrul Solehien

Tanjong Malim: Persatuan Alumni Suluh Budiman (PASB) telah menganjurkan Majlis
Khatam Al-Quran, Iftar dan Infaq Ramadan di Dewan Bankuet, Bangunan E-Learning,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Antara alumni yang menghadiri majlis ini terdiri daripada alumni Sultan Idris
Training College (SITC), alumni Maktab Pendidikan Sultan Idris (MPSI), alumni Institut
Perguruan Sultan Idris (IPSI), dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), merangkumi
segenap peringkat 100 tahun sejarah penubuhan universiti bertuah ini.

Majlis yang penuh barakah ini dimulakan dengan Majlis Khatam Quran oleh alumni
kemudian diikuti dengan ucapan daripada Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md
Taff, serta sumbangan kepada anak-anak Baitul Mahabbah.

Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid dan selawat oleh anak-anak Baitul
Mahabbah.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Wakil Alumni Ahli Lembaga Pengarah UPSI, Datuk Seri
Hj. Ahmad Hj. Burak yang menjadi tulang belakang usaha memperkukuh keberlansungan
hubungan UPSI dan alumni.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)