Oleh: Muhammad Aiman Hafizy Che Hassan, Fatihin Nabiha Mohd Zekeri Fuad dan Dr. Sumayyah Aimi Mohd Najib
20 Mei 2024

Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Persatuan Geografi (PERGEO) UPSI dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Tanjung Malim telah menganjurkan sebuah Program UPSI Colour Fun Run 2.0.

Program ini merupakan sebuah program yang berfokuskan pembinaan psikomotor, afektif dan emosi melalui beberapa aktiviti yang berteraskan Amalan Pembangunan Lestari atau lebih dikenali sebagai Sustainable Development Goals (SDG) khususnya menekankan SDG 3 (Kesihatan dan Kesejahteraan Baik) dan SDG 16 (Keamanan, Keadilan dan Pertubuhan Kukuh) telah dijalankan.

Program ini telah melibatkan seramai 420 orang daripada pelajar UPSI dan Pasukan Bomba dan Penyelamat pada tarikh 5 Mei 2024 di Padang Kawad, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.

Sehubungan itu, PERGEO melaksanakan sebuah Program UPSI Colour Fun Run 2.0 disamping memupuk pelajar untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjalankan aktiviti senamrobik di padang kawad tersebut yang kemudiannya diikutin dengan aktiviti larian santai yang kelihatan mampu memberi impak yang positif.

Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Fakulti Sains Kemanusiaan Dr. Abu Zarrin Selamat dan Yang Di-Pertua Persatuan Geografi, Bushra Assyakira Baharil Anuar.

Program yang dijalankan di Padang Kawad, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI ini cuba untuk memberi peluang kepada semua pelajar untuk memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Selain itu, program ini juga bertujuan meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pelajar yang terlibat berkenaan proses pelaksanaan sesuatu program disamping mewujudkan interaksi dan sosialisasi yang positif dalam kalangan pelajar. Dalam pada itu, program ini membantu untuk menerapkan elemen gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar UPSI bagi melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik malah cemerlang dari segi fizikal dan mentalnya.

            Menurut Dr. Abu Zarrin Selamat di dalam ucapan beliau telah menyatakan bahawa Program UPSI Colour Fun Run 2.0 ini adalah program yang merupakan salah satu inisiatif yang menggalakkan gaya hidup sihat melalui sukan dan rekreasi yang menyeronokkan.

Ini sejajar dengan misi UPSI untuk membentuk individu yang bukan sahaja cemerlang secara akademik tetapi juga jasmani. Program tersebut juga memberi peluang kepada kita untuk meningkatkan kesedaran dan sokongan terhadap aktiviti komuniti bersama keluarga besar Daerah Muallim.

Kata beliau “beliau juga berkata bahawa program ini bukan sekadar untuk berlari, tetapi untuk merayakan kesihatan, keceriaan, dan kepelbagaian dalam komuniti kita dan acara ini adalah simbol kebersamaan kita, mencerminkan kepelbagaian dan keharmonian yang menjadi teras di UPSI.”

Program ini dimeriahkan dengan aktiviti cabutan betuah dan pancuran air daripada anggota Bomba dan Penyelamat kepada peserta yang telah berjaya menamatkan larian mereka.

Keseluruhan Program UPSI Colour Fun Run 2.0 ini berjalan dengan baik dan tersusun serta memberi impak positif kepada semua peserta dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)