Tanjung Malim, 21 Mei 2024 – Pada selasa, lawatan program inbound dan outbound antara Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universitas Syiah Kuala, Aceh telah berlangsung dengan jayanya. Program ini dijalankan oleh Pusat Pedagogi, Penyelidikan dan Inovasi (CPRI) dengan matlamat untuk memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua institusi pendidikan tinggi ini serta meningkatkan kerjasama dalam bidang akademik dan penyelidikan.

Lawatan iseramai 26 orang delegasi dari Universitas Syiah Kuala, Aceh, yang terdiri daripada pensyarah, penyelidik, dan ahli akademik dari pelbagai bidang pengajian. Mereka tiba di  Sekolah Rendah Seri Budiman pada pukul 10.30 pagi dan disambut dengan mesra oleh warga sekolah.

Program dibahagikan kepada dua sesi utama, iaitu bahagian inbound dan outbound. Bahagian inbound bermula dengan sesi penyambutan dan penerimaan delegasi dari Universitas Syiah Kuala, Aceh di UPSI. Program pembukaan dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari pihak pengurusan Sekolah Rendah Seri Budiman serta delegasi dari Universitas Syiah Kuala, Aceh. Setelah itu, sesi taklimat mengenai sekolah dikendalikan oleh cikgu Sharifah. Cikgu Sharifah memberi penerangan berkenaan sekolah dan menjelaskan pendekatan pembelajaran yang digunakan disini iaitu Pendekatan Neoterik.

Seterusnya, bahagian outbound merangkumi lawatan ke beberapa fasiliti sekitar Sekolah Rendah Seri Budiman. Aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada delegasi dari Universitas Syiah Kuala, Aceh mengenai keunggulan akademik dan kemudahan yang ada di sekolah ini. Antara tempat yang dilawati termasuk, perpustakaan sekolah, kantin, surau dang ruang kelas.

Walaupun masa yang terhad, lawatan ini memberikan peluang kepada kedua-dua pihak untuk menjalin hubungan yang lebih rapat dan saling memahami antara satu sama lain. Secara keseluruhannya, lawatan program inbound dan outbound antara UPSI dan Universitas Syiah Kuala, Aceh pada hari ini adalah langkah yang positif dalam memperluaskan jaringan kerjasama antara kedua-dua institusi pendidikan tinggi ini.