Oleh: Nurul Aida Mohamed Adam
12 Jun 2024
Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE) telah menerima jemputan untuk menghadiri karnival kerjaya yang dianjurkan di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).
Oleh itu, EDGE telah membawa delegasi seramai 20 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk menjelajahi zon utara Malaysia memberi pendedahan kepada keusahawanan dan kebolehpasaran graduan.
Delegasi telah tiba ke Expo Kerjaya dan Pendidikan (EKSPEN 2024) di Perpustakaan Hassan Sendut 1. Hasil dari lawatan terdapat 25 reruai, dari bidang pendidikan, syarikat berasaskan teknologi, perbankan, pemakanan (F&B). Pelbagai aktiviti menarik telah disertai oleh pelajar seperti sesi perkongsian bersama alumni dan lanskap dunia pekerjaan, cabutan bertuah dan persembahan dari pelajar.
Setelah selesai delegasi UPSI bertolak pula ke Universiti Utara Malaysia (UUM). Setibanya di sana, UPSI telah disambut baik oleh Timbalan Pengarah Institut Pembangunan Keusahawan dan Koperasi (CEDI), Tuan Haji Fadzil Mohd Husin.
Delegasi ini dibawa melawat ke lokasi menarik di dalam UUM seperti ladang burung unta dan ladang rusa yang diternak untuk penjanaan universiti dan diberi peluang mengikuti perkongsian tiga orang usahawan pelajar UUM yang berjaya.
Delegasi UPSI turut mengikuti Northern Industrial Career Engagement 2024 yang bertempat di Dewan Ilmu, Kampus Alam, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) di mana terdapat 24 reruai yang berfokuskan kepada sains, teknologi dan sosial yang dibuka pada hari berkenaan.
Sebelum pulang, Delegasi dari UPSI berpeluang untuk berjumpa sebentar dengan Pengarah Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Keusahawanan UniMAP, Prof Madya Dr. Najmuddin Mohd Hassan. Diharapkan sepanjang jelajah ini pelajar dapat menggarab ilmu sebanyak yang mungkin khususnya dalam bidang kerjaya masing-masing dan sedikit pendedahan berkaitan keusahawanan