Oleh : Muhammad Aniq bin Daud & Mohamad Amirul Aizad bin Roslee
11 Jun 2024
Tanjong Malim: Demi menggalakkan inovasi kreatif dalam bidang pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) menganjurkan UPSI Innovation Creativity Competition 2024 (ICC2024) yang berlangsung di Dewan Harun Aminurrashid, Kampus Sultan Azlan Shah.
Program ini menghadirkan seramai 40 pasukan yang bertanding dan mempertaruhkan inovasi
terbaik mereka untuk dipertandingkan. Seramai lebih 1000 orang pengunjung dari kalangan mahasiswa dan masyarakat menyaksikan inovasi-inovasi terbaik yang membawa nilai kreativiti dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermutu.
Program ini diadakan bagi mengasah kemahiran daya cipta, mendorong inovasi dalampendidikan, memupuk semangat kreativiti serta mencipta medan pertandingan yang mempromosikan kebijaksanaan dan kemahiran teknologi.
Dr Muhammad Ridhwan Sarifin, Ketua Felo Kolej Harun Aminurrashid menyatakan bahawa pertandingan inovasi memberi satu anjakan baharu dalam pendidikan negara bagi memberikan ruang kepada semua
warga pendidik dan mahasiswa mengasah kemahiran daya cipta, mendorong inovasi dalam pendidikan, memupuk semangat kreativiti serta mencipta medan pertandingan yang mempromosikan kebijaksanaan dan kemahiran teknologi.
“Pertandingan ini bukan semata-mata tentang penghasilan produk, tetapi juga tentang memperkukuhkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam menyelesaikan masalah serta membawa dunia pendidikan kearah yang lebih efektif dan kondusif. Pastinya medan ini memberi manfaat dalam memperkukuhkan aspek kreativiti dalam melahirkan lebih banyak inovasi yang bermanfaat kepada masyarakat,” katanya.
ICC 2024 ini juga memberikan peluang kepada para penonton untuk menyaksikan pameran hasil inovasi yang menarik. Dengan suasana yang penuh meriah, pertandingan ini pasti akan memberi pengalaman yang penuh keterujaan bagi semua yang hadir.
Dalam pada itu, kumpulan peserta dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Yahya Awal Johor Bahru telah berjaya menjadi pemenang dan merangkul Anugerah Emas Hadiah Utama dengan membawa pulang wang tunai RM 800, plak dan sijil penghargaan. Di samping itu, sebanyak sembilan kumpulan peserta lain turut memenangi Anugerah Emas sementara 15 kumpulan lagi merangkul Anugerah Perak dan baki 22 kumpulan lagi membawa pulang Anugerah Perak.