Oleh : Nuril Aqilah Muhamad
Tanjong Malim– Kelab Sahabat Ulul Albab (KeSUA) dengan kerjasama Pusat Ulul Albab (PUA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan program Bicara Anak Muda yang bertajuk “Best ke Jadi Dewasa?”
Program Bicara Anak Muda yang berlangsung pada 2 Jun merupakan sebuah program yang berkonsepkan forum disiarkan menggunakan saluran “FB Live” bermula pada 8.45 malam sehingga 10.30 malam. Forum “Bicara Anak Muda: Best ke Jadi Dewasa?” adalah platform yang menyediakan peluang bagi golongan muda untuk berkongsi pendapat, pengalaman dan pandangan mereka mengenai peralihan dari zaman remaja ke zaman dewasa.
Program ini telah menampilkan seramai dua panel dan seorang moderator.Panel yang pertama merupakan Yang di-pertua Kelab Al Mursyidin (AMC), Meor Mohamad Fathullah Meor Abdul Razak manakala panel kedua pula adalah seorang pelajar wakil Persatuan Tahfiz Qiraat, Muhammad Asyraf Ahmad. Moderator untuk program ini adalah Muhammad Aiman Fahim S Fadhirllah Al Jupry yang merupakan rakan exco Kelab Sahabat Ulul Albab bagi exco latihan dan perpaduan.
Menurut Pengarah Program Bicara Anak Muda, Nuril Aqilah Muhamad, program ini dilaksanakan bagi memberi input yang bermanfaat kepada semua mahasiswa dan mahasiswi tentang pengurusan masa yang baik, galakan terhadap aktiviti berpersatuan, bidang kepimpinan, cara untuk kekal istiqamah dalam melakukan sesuatu dan pelbagai lagi dalam konsep yang lebih santai. Forum “Bicara Anak Muda: Best Ke Jadi Dewasa?” ini bukan sahaja memberikan pandangan berharga kepada peserta tetapi juga membekalkan mereka dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menghadapi kehidupan dewasa dengan lebih yakin dan bersedia.
Program ini mendapat sambutan yang ramai melalui FB Live. Para peserta juga boleh bertanya soalan pada ruangan facebook live Pusat Ulul Albab UPSI. Antara soalan yang ditanya adalah, “ Adakah pemilihan kawan itu penting dalam menjadi seseorang pelajar yang cemerlang” dan “ Bagaimanakah seseorang mahasiswa menolak anasir yang boleh memundurkan diri mereka”. Perkara yang menarik dalam program ini adalah para peserta dapat mendengar pengalaman yang menarik dan hebat dari kedua-dua panel yang latar belakangnya berbeza.
Remaja harus menghadapi perubahan sosial, seperti beradaptasi dengan lingkungan yang lebih luas dan mengenal banyak orang, yang memerlukan mereka untuk memiliki keberanian dan kemampuan beradaptasi. Remaja harus menghadapi perubahan sosial, seperti beradaptasi dengan lingkungan yang lebih luas dan mengenal ramai orang, yang memerlukan mereka untuk memiliki keberanian dan kemampuan beradaptasi.
Setiap perkongsian daripada barisan panel di Bicara Anak Muda sangat terkesan dan terpahat dalam hati mahasiswa. Ini adalah kerana, disebalik panel-panel menceritakan pengalaman masing-masing, di situlah akan terselit ilmu yang bermanfaat.