Disediakan oleh: Aida Najwa Zahidan & Syaibah Shabuddin

Tanjong Malim – Bersempena Bulan Pembimbing Rakan Siswa Kebangsaan, Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan Program Mental Health Advocates Speak Out 3: Purple Neon Fun Run 2024 pada 21 Mei lalu. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Pusat Kaunseling UPSI dan Kelab Psychological First Aid (PFA).

Perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Kaunseling UPSI, Dr Pau Kee. Dalam ucapan perasmiannya, beliau turut menyatakan hasrat agar semua pihak yang hadir mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam usaha untuk mengekalkan kesihatan mental.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental dan kesejahteraan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi UPSI secara khususnya, dan masyarakat setempat secara amnya. Perkara ini dalam memperkasakan mahasiswa dengan kemahiran menangani secara praktikal untuk mengurus tekanan, kebimbinagan dan cabaran kesihatan mental yang lain secara berkesan. Melalui aktiviti fizikal, badan dapat menyingkirkan toksin dalam badan dan dikeluarkan secara semula jadi. Peserta yang terlibat juga dapat memupuk daya tahan dan menggalakkan komuniti yang menyokong yang membolehkan mahasiswa untuk berasa selesa membincangkan serta menyuarakan tentang masalah mental. Penganjuran program ini. Juga dapat memberi pendedahan kepada peserta yang terlibat untuk melaksanakan aktiviti fizikal dengan cara yang menyeronokkan.

Program ini telah disertai lebih 400 orang peserta melibatkan mahasiswa dan mahasiswa UPSI serta masyarakat setempat. Penyertaan yang memberangsangkan ini memperlihatkan bahawa masyarakat cakna tentang kepentingan kesihatan mental. Slot cabutan bertuah telah dilaksanakan selepas selesai larian dan 20 pemenang telah menjayakan slot ini.

Pemenang keseluruhan larian berpeluang membawa pulang hadiah, medal serta sijil bagi 5 pelari terawal bagi kategori lelaki dan Wanita. Program Mental Health Advocate Speak Out 3: Purple Neon Fun Run 2024 dijangka dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental dan kesejahteraan dalam kalangan pelajar UPSI dan orang luar. Program ini bertujuan memperkasakan pelajar dengan kemahiran praktikal untuk mengurus tekanan dan kebimbangan, sambil memupuk daya tahan dan menggalakkan komuniti yang menyokong. Melalui aktiviti yang menyeronokkan seperti larian neon, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental peserta. Keseluruhannya, program ini dijangka memberi impak positif yang berkekalan dengan membentuk pelajar yang lebih sedar, berkemahiran, dan sihat.

Dengan adanya program ini, adalah diharapkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental akan meningkat secara signifikan dalam kalangan pelajar UPSI dan orang luar di mana pelajar akan lebih berkemahiran dalam mengurus tekanan dan kebimbangan, dan mewujudkan sebuah komuniti pelajar yang lebih erat dan menyokong, serta lebih ramai pelajar dan masyarakat setempat akan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang sihat dan menyeronokkan di samping dapat menyumbang kepada gaya hidup yang lebih sihat secara keseluruhan.