Disediakan oleh: Khusna Amirrudin
Tanjong Malim, 13 Jun: Universitas Bengkulu (Universitas Riau) mengadakan lawatan ke Fakulti pembangunan Manusia (FPM) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk memperkasakan jaringan akademik dan penyelidikan antarbangsa. Lawatan ini menandakan langkah strategik dalam meningkatkan kerjasama antara dua universiti yang berada di Malaysia dan Indonesia.
Delegasi ini diketuai oleh Dr. Hilda Puspita dan diiringi oleh beberapa pihak penting dari Universitas Benggulu, termasuk wakil Dekan Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan (FKIP) Universitas Bengkulu, iaitu Dr Ariffin, Dr. I Wayan Dharmayana, Dr Ria Ariesta dan Encik Irwandi Ansori.
Delegasi disambut baik oleh Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa, Fakulti Pembangunan Manusia (FPM), Profesor Madya Dr. Mahizer Hamzah bersama dengan Ketua Jabatan Pengajian Pendidikan Dr Syaza Hazwani.Mereka berkesempatan untuk berinteraksi dengan staf dan pensyarah UPSI, serta memahami lebih lanjut tentang program-program pendidikan dan penyelidikan yang ditawarkan oleh UPSI.
Dalam lawatan ini, Universitas Bengkulu dan UPSI bersepakat untuk meningkatkan kerjasama dalam beberapa bidang, termasuk pendidikan iaitu Universitas Bengkulu dan UPSI berencana untuk meningkatkan kerjasama dalam program-program pendidikan, termasuk program sarjana dan doktor falsafah. Lawatan ini diharapkan dapat membantu meningkatkan kemampuan pendidikan dan meningkatkan kualiti lulusan di kedua-dua universiti.
Lawatan Universitas Bengkulu ke UPSI menandakan langkah strategik dalam meningkatkan kerjasama antara dua universiti yang berada di Malaysia dan Indonesia. Lawatan ini diharapkan dapat membantu meningkatkan kemampuan pendidikan, penyelidikan, dan inovasi di kedua-dua universiti, serta meningkatkan kualiti lulusan dan penelitian di kedua-dua universiti.