Disediakan oleh: Muhd Ibrahim bin Muhamad Damanhuri


Klang, Selangor (19 Jun 2024) – Dalam era Pendidikan Abad ke-21 yang didorong oleh
kemajuan teknologi, para pelajar sarjana pendidikan kimia daripada Universiti Pendidikan
Sultan Idris tidak ketinggalan menimba ilmu teknologi pendidikan terkini melalui lawatan
lapangan ke syarikat AR Edutech Sdn Bhd. Syarikat ini telah lama dikenali dalam menyediakan
alat bantu mengajar yang inovatif dan relevan dengan keperluan pendidikan masa kini. Lawatan
ini merupakan sebahagian aktiviti kursus “SKP60204 Teknologi & Inovasi dalam Pengajaran &
Pembelajaran Kimia” yang didaftar pelajar bagi Semester 2, Sesi 2023/2024.


Lawatan ini dimulai dengan sesi taklimat oleh En. Abd Rahman bin Ali Bashah, pengarah
urusan dan pemilik AR Edutech. Para pelajar diberi peluang untuk mencuba kit asas pengatur
caraan (coding). Melalui aktiviti ini, pelajar mendapat pengalaman untuk menghasilkan simulasi
LED dan mengerakkan robot. Para pelajar turut berpeluang untuk melihat secara langsung
bagaimana teknologi realiti berperantara (augmented reality – AR) dan realiti maya (virtual
reality – VR) dapat diaplikasikan dalam pendidikan.


“Lawatan ini memberikan kami gambaran yang jelas tentang bagaimana teknologi dapat
mengubah cara kita mengajar dan belajar kimia,” kata salah seorang pelajar sarjana.
“Kami percaya bahawa dengan menggabungkan teknologi dan pendidikan, kita dapat
memberikan pengalaman belajar yang lebih bermakna dan mempersiapkan guru untuk
menghadapi cabaran era digital,” ujar En. Abd Rahman.
Lawatan lapangan ke AR Edutech menjadi langkah yang inspiratif kepada pelajar sarjana ini
dalam menjelajah potensi teknologi dalam pendidikan seterusnya menjadi agen perubahan
dalam dunia pendidikan kimia selari dengan era IR4.0.