26 Jun 2024

Ulu Slim: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Examedia dan Qausar Solutions melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) selama dua hari di Sekolah Kebangsaan Pos Bersih Ulu Slim, Perak.

Melalui program ini, rakan industri turut menyumbang peralatan ICT untuk kegunaan sekolah seperti Switch 16 port dan Rak Switch 6U, yang bertujuan menambah baik kemudahan prasarana ICT dan menyokong pembelajaran di sekolah.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ialah pemasangan 12 nod rangkaian baharu di bilik-bilik darjah, bilik guru, pejabat, dan makmal. Pemasangan ini dilakukan bersama oleh staf Pusat ICT dan pihak syarikat. Selain itu, uplink baharu juga disediakan di pejabat, bilik guru, dan pusat sumber sekolah.

Menurut Ketua Program CSR, En. Amirul Amin Md Jabarulla, kerjasama bersama pihak industri ini bukan sahaja membantu dalam penyediaan peralatan tetapi juga merupakan satu langkah positif dalam menyokong pendidikan dan pembangunan komuniti, khususnya di sekolah-sekolah.

Beliau berharap program ini dapat melihat peningkatan ketara dalam kemahiran teknologi dalam kalangan pelajar dan membantu mereka menjadi lebih bersedia menghadapi cabaran dunia digital.

Program CSR ini bukan sahaja memberi nilai tambah kepada staf Pusat ICT yang menyumbang kepakaran dan tenaga dalam usaha meningkatkan kemudahan prasarana ICT di sekolah, tetapi juga membina jalinan kerjasama yang kukuh antara syarikat, institusi pengajian tinggi, dan komuniti setempat.

Kejayaan program ini diharapkan dapat menjadi contoh dan diteruskan dengan rakan industri lain dalam usaha untuk merapatkan jurang digital dan menyokong pembangunan pendidikan, khususnya di negeri Perak.

Dengan kejayaan program CSR ini, usaha serupa diharapkan dapat diteruskan bersama rakan industri lain dalam usaha merapatkan jurang digital dan menyokong pembangunan pendidikan, khususnya di negeri Perak.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)