Oleh: Ainin Sofiya, Muhammad Amirul Aiman, Siti Aisyah

Kalumpang, 29 Jun 2024 – Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) daripada kursus HGF3053 iaitu Kajian Sumber Alam dan Alam Sekitar kumpulan kuliah B, bersama pensyarah kursus Dr. Mohmadisa Hashim menganjurkan Geoenviro Sustainability dan Karnival Keluarga Madani Desa Kenari dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Kenari, Kalumpang, Selangor.

Program yang berlangsung di Dewan Terbuka YB Datuk Hajah Rosni Sohar, Taman Desa Kenari, Kalumpang itu bermula jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang. Program ini dirasmikan oleh Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Kenari, Kalumpang, Yang Berusaha Tn. Hj. Mohamed Jamil Abu Bakar.

Objektif utama program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada kepada komuniti setempat serta mahasiswa dan mahasiswi untuk menghargai keindahan alam sekitar melalui pengamalan gaya hidup mampan.

Sesi fotografi bersama ahli jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Kenari, Kalumpang

Di samping ingin menyampaikan maklumat dan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar dalam kalangan komuniti setempat, program ini juga bertujuan untuk memantapkan lagi silaturahim dan semangat kerjasama di antara mahasiswa dan mahasiswi UPSI A232 kumpulan kuliah B bagi kursus HGF3053 (Kajian Sumber Alam dan Alam Sekitar) bersama Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Kenari, Kalumpang.

Kerjasama dan permuafakatan diperlukan dalam menyemarakkan lagi semangat cintakan alam sekitar melalui pengamalan mampan dengan cara pengurusan sisa pepejal yang betul.

Program Geoenviro Sustainability Community dan Karnival Keluarga Madani Desa Kenari ini bermula dengan sesi pendaftaran lalu diteruskan dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Kenari, Kalumpang, Yang Berusaha Tn. Hj. Mohamed Jamil Abu Bakar dengan dan diikuti dengan pelbagai aktiviti yang menarik di bawah pengelolaan Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Kenari, Kalumpang seperti pameran – pameran daripada agensi kerajaan seperti Tabung Haji, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan aktiviti berbentuk pendidikan seperti Bengkel Training of Trainers (TOT) Modul Seronok Belajar.

Sesi demonstrasi pemadaman kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Hulu Selangor
Demonstrasimembuat lilin pewangi oleh pelajar kumpulan kuliah B bagi kursus HGF3053
Demonstrasi kraf tangan daripada barangan terpakai bersama pempenagruh media sosial, Puan Norpadilah Afandi

Manakala, antara aktiviti yang telah diuruskan oleh pelajar A232 kumpulan kuliah B bagi kursus HGF3053 (Kajian Sumber Alam dan Alam Sekitar) adalah seperti Gotong – Royong Sulam Madani, aktiviti melukis dan mengecat Mural yang bertemakan alam sekitar, demonstrasi kraf tangan daripada barangan terpakai bersama pempenagruh media sosial, Puan Norpadilah Afandi, demonstrasi membuat lilin pewangi dan Pasu Botolku serta pertandingan mewarna dan Explorace Indahnya dan diakhiri dengan majlis penutup yang disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Nor Faizah Kamaruddin, Pegawai Perpaduan Daerah Hulu Langat, Selangor. Pengunjung yang terdiri daripada warga bapa, suri rumah, remaja dan kanak – kanak juga berpeluang membawa pulang hadiah dan cenderamata melalui 30 cabutan bertuah.

Puan Nor Faizah Kamaruddin menzahirkan rasa kagum dan gembira kerana mahasiswa serta masyarakat setempat dapat bersama – sama berganding bahu dalam menjaga kelestarian alam sekitar tanpa mengira pangkat, umur mahupun latar belakang.

Beliau juga mengucapkan setinggi – tinggi tahniah dan terima kasih kepada seluruh ahli jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Kenari, Kalumpang di bawah pengurusan Tn. Hj. Mohamed Jamil Abu Bakar yang terlibat dalam menjayakan program ini dan kesungguhan serta komitmen yang ditunjukkan oleh pelajar A232 kumpulan kuliah B bagi kursus HGF3053 yang bukan sahaja menyedarkan kita terhadap kepentingan menjaga alam sekitar tetapi mencipta hubungan yang baik bersama masyarakat setempat demi menjaga kelestarian alam sekitar.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)