Oleh: Muhammad Afiq Ikhmal Suhaimi
Tanjong Malim, 3 Julai 2024 – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan dan Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan Kursus Pensijilan CPR and AED Traning.
Seramai 35 orang mahasiswa UPSI mengikut kursus ini. Kursus ini dapat memberi manfaat kepada pelajar tindakan dan prosedur yang betul ketika berlaku kecemasan.
Kursus Pensijilan CPR dan AED bertujuan untuk memberikan peluang kepada mahasiswa UPSI memperoleh sijil asas CPR dan AED. Pensijilan ini penting bagi memastikan pelajar diperakui dan layak untuk melakukan CPR dan AED apabila mereka menjalankan tugas.
Tambahan pula, selari dengan konsep BITARA, huruf B yang dinyatakan oleh Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff iaitu Bakat Unggul dan Holistik menjamin masa depan mahasiswa UPSI dan menjadi tambah nilai kepada mahasiswa yang menyertainya.