Oleh: Muhammad Aniq Sapini

Tanjong Malim, 4 Julai 2024:Seminar Pemikiran A. Halim Ali yang diarahkan oleh Dr Mohd Amir Mohd Zahari berlangsung dengan meriah bertempat di Auditorium Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Seminar ini telah dianjurkan oleh Persatuan Penulis Budiman Malaysia, Koperasi Penulis Budiman Malaysia  (KOBUDI) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Utara dan Program Pendidikan Kesusasteraan Melayu UPSI. Program ini dihadiri seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi UPSI dalam bidang Kesusasteraan Melayu. Bukan itu sahaja, seminar ini telah dirasmikan oleh Perancang Bahasa di Jabatan Pengembangan Bahasa dan Satera, Dewan Bahasa dan Pustaka, E Pian a/l Pro Poul.

Seminar ini bertujuan untuk membincangkan sumbangan, peranan dan pemikiran Protesor Dr. Abdul Halim All dalam bidang teori, kritikan, penulisan kreatif, pengurusan dan pembangunan sastera Melayu di Malaysia. Seterusnya, membincangkan dan mewacanakan karya kreatif puisi Profesor Dr. Abdul Halim Ali (A.Halim Ali) berdasarkan pelbagai perspektif. Bukan itu sahaja, seminar ini juga membincangkan peranan dan sumbangan tokoh Profesor Dr. Abdul Halim Ali dalam bidang pendidikan Kesusasteraan Melayu. Seminar kali ini telah dipengerusikan bersama oleh Profesor Dr. Azhar Wahid dan Armin Azhari Salleh serta Dr.Mohd Amir Mohd Zahari sebagai pengarah seminar.

Seramai 13 orang pembentang dalam seminar ini bagi melakukan pembentangan mengikut sesi iaitu terdapat 5 sesi. Pada sesi pertama adalah berkaitan teori dan kritikan iaitu menampilkan Ts. Dr. Mohd Saipuddin Suliman, Dr Abang Patdeli Abang Muhi dan Profesor Madya Dr Ariff Mohd. Pada sesi kedua pula membicarakan mengenai pendidikan sastera yang menampilkan Profesor Dr. Azhar Hj. Wahid (UPSI), Profesor Madya Dr. Arbaie Sujud (UPM) dan Dr Nordiana Hamzah (UPSI). Bagi sesi ketiga pula Profesor Emeritus Dr. Mohamad Mokhtar Hassan (UM) sebagai pengucap tama.

Pada sesi petang pula, pembentangan diteruskan dengan sesi keempat iaitu berkaitan pembangunan dan pengurusan sastera. Pada sesi ini akan dibicarakan oleh Dr. Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan, Dr. Fathin Noor Ain Ramli dan Dr Mohd Amir Zahari bagi mewakili Profesor Madya Dr. Mana Sikana. Sesi terakhir seminar ini pula menampilkan Profesor Madya Dr. Ghazali Din (UPSI), Dr. Rahimah Hamdan (UPM)dan Dr. Mohd Firdaus Che Yaakob (UMK) yang melalui rakaman video.

Seminar kali ini juga inI adalah satu tradisi Keilmuan yang akan meningkatkan kemajuan kesusasteraan Melayu di Malaysia. Makalah yang dibentangkan dalam seminar ini pula merupakan hasil percambahan idea dalam konteks memberi kesedaran terhadap peranan tokon-tokoh besar dan berpengalaman dalam perkembangan sastera Malaysia.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)