Oleh: Bazli Razak
Tanjong Malim: Seramai 652 pelajar hadir mendaftarkan diri di Dewan Kolej Ungku Omar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini sempena Hari Pendaftaran Pelajar ambilan Diploma sesi 2024/2025 pada 21 Julai lalu.
Sesi pendaftaran yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu dijayakan dengan kerjasama Rakan Millenia dan Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Saleh yang terlibat dalam proses pendaftaran yang terdiri daripada kaunter penginapan, kaunter cenderahati, kaunter bendahari dan kaunter pendaftaran.
Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof Dr. Norkhalid Salimin menyantuni pelajar, ibu bapa serta wakil-wakil kolej dan fakulti sepanjang proses pendaftaran berlangsung.
“Saya mengucapkan tahniah kepada pelajar yang terpilih untuk meneruskan pengajian di UPSI,” katanya.
Beliau juga menyifatkan bahawa suasana pendaftaran pelajar di sekitar Dewan Kolej Ungku Omar sangat tersusun dan proses pendaftaran pelajar berjalan lancar.
“Tanamkan azam, teguhkan semangat dan gunakan sepenuh tenaga untuk menjadi mahasiswa yang cemerlang, gemilang dan terbilang di UPSI,” katanya.