Oleh: Nur Shaira binti Basrah

Tanjong Malim: Majlis Penyerahan Watikah dan Pelantikan Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh (MMKAHS) sidang 2024/2025 telah berlangsung pada 22 Julai 2024 secara bersemuka di Dewan Kolej Ungku Omar. Majlis ini bermula pada 8.30 malam sehingga 11.30 malam.

Seramai 40 orang telah terpilih menerima Watikah Pelantikan pada sesi kali ini. Seramai 6 orang ahli telah dilantik sebagai Majlis Tertinggi dan 34 orang telah dilantik sebagai EXCO di bawah organisasi masing-masing. Tahniah diucapkan kepada saudara Muhammad Alif bin Ayub  dari fakulti Sains dan Matematik, yang telah dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh bagi sidang 2024/2025. MMKAHS akan menggalas tanggungjawab mereka sepanjang sesi 24/25 bagi memastikan tahap kebajikan penghuni  Kolej Awang Had Salleh pada tahap yang cemerlang serta mematuhi keperluan jasmani.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, Dr. Mardiana binti Ismail, Pengetua Kolej Awang Had Salleh bagi menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah dan Pelantikan Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh (KAHS) sidang 2024/2025.  ”Jagalah maruah diri, keluarga, dan juga kolej ” begitulah bait-bait yang cukup memberi kesedaran dalam diri setiap barisan kepimpinan kolej di dalam ucapan yang telah disampaikan oleh Yang Berusaha, Dr. Tidak dilupakan juga barisan felo pentadbiran yang turut memeriahkan Majlis ini.

selesai sahaja gimik menanda tangan ikrar Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh yang telah dilakukan oleh saudara Muhammad Alif bin Ayub  bersama pengetua Kolej Awang Had Salleh dan barisan felo pentadbiran, maka sempurnalah Majlis Penyerahan Watikah dan Pelantikan Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh (MMKAHS) sidang 2024/2025. MMKAHS juga difahamkan akan meneruskan perancangan aktiviti tahunan MMK seperti mana yang telah digariskan di dalam perancangan takwim Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Secara keseluruhannya, Majlis Penyerahan Watikah dan Pelantikan Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh (KAHS) sidang 2024/2025 berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada pihak pentadbiran kolej. Diharapkan semua barisan Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh sidang 24/25 dapat memberikan komitmen sepanjang memikul amanah dan kepercayaan yang telah diberikan.