Oleh: Najwa Nadri

Tanjung Malim : Kolej Awang Had Salleh telah menganjurkan Program Malam Tautan Atma (MATA) bersama pelajar Diploma ambilan Julai 24/25 seramai 594 orang pelajar baharu. Program ini telah dijalankan pada 24 Julai 2024 bertempat di Dewan Kolej Ungku Omar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Program MATA ini dijalankan bertujuan memperkenalkan barisan Majlis Mahasiswa Kolej, pentadbiran, felo-felo dan juga pengetua kolej sekaligus memberikan penekanan aspek-aspek utama yang perlu diketahui oleh pelajar Diploma ambilan Julai 24/25  sepanjang mereka menetap di kolej. Di samping itu, program ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar dan juga pihak atasan kolej. Majlis ini turut dirasmikan oleh Yang Berusaha Dr. Mardiana binti Ismail, Pengetua Kolej Awang Had Salleh. Dalam amanat yang telah disampaikan oleh pengetua yang sering ditekankan dalam ucapan beliau menyentuh pelbagai aspek termasuklah peraturan dalam kolej.

Besar harapan saya untuk semua penghuni mematuhi peraturan kolej demi kebaikan dan keharmonian dalam kolej dan seterusnya dapat membentuk mahasiswa yang berkualiti dan unggul. Setiap penghuni juga perlulah menjaga tingkah laku bagi memastikan nama baik diri sendiri, ibu bapa, UPSI dan KAHS tidak tercemar dengan tidak terjerumus dengan kegiatan yang boleh menjejaskan imej” ujar Dr. Mardiana Ismail.

Bukan itu sahaja, Ketua Felo baharu bagi sidang 2024/2025 iaitu Dr. Raja Shalaby turut menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. Dalam ucapannya, beliau begitu komited untuk bersama-sama pentadbiran yang bakal diteraju oleh beliau. Sebagai Anak Kandung Suluh Budiman hendaklah berjasa kepada Ibu Kandung tidak kira dalam pelbagai aspek termasuklah kesenian, kesukanan dan juga melibatkan program dalam kesukarelawanan. Tambahan lagi, buat kali pertamanya Yang Di-Pertua MMK KAHS iaitu Muhammad Alif bin Ayub juga telah menyampaikan ucapan sulungnya sekaligus mengalu-alukan kedatangan semua warga kolej ke KAHS. Besarlah harapan dan amanat yang telah disampaikan kepada seluruh warga KAHS dan diharapkan semua mahasiwa dapat bersama-sama mengembling tenaga agar KAHS dapat melakar Sejarah bagi sidang kali ini.

Program ini juga diserikan lagi dengan persembahan yang nyanyian dan tarian yang sangat memukau dipersembahkan oleh pelajar Diploma ambilan Julai 24/25 dari Fakulti Seni, Muzik dan Persembahan. Bakat-bakat yang ditonjolkan oleh pelajar-pelajar tersebut dapat membantu pihak kolej untuk menyediakan platform yang lebih tinggi agar dapat membentuk mahasiswa yang unggul dan seterusnya dapat mengharumkan nama UPSI dan kolej. Sepanjang malam yang bersejarah itu, warga KAHS telah memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program ini berlangsung.

Secara keseluruhannya, impak program Malam Tautan Atma ini dapat membantu penghuni untuk mengetahui aspek atau perkara yang penting sepanjang menjadi penghuni kolej dan sekaligus dapat mengenal dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara penghuni baharu Kolej Awang Had Salleh tanpa mengira kaum, bangsa dan agama demi kesejahteraan dan keharmonian kolej. #KAHSUntukSemua.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)