Oleh: Mohd Hairy Ibrahim
Indonesia- Pensyarah di Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Madya Dr. Mohd Hairy Ibrahim telah dianugerahkan Profesor Adjung di Universitas Negeri Surabaya (UNESA), Indonesia pada 25 Mei lalu. Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan antarabangsa oleh salah sebuah Universiti di negara Asean dalam mewujudkan kolaborasi pelbagai bidang antara kedua-dua pihak.
Pemilihan Prof. Madya Dr. Mohd Hairy Ibrahim berdasarkan sumbangan kesarjanaan akademik yang banyak di Malaysia dan malah di peringkat antarabangsa serta berpengalaman luas di peringkat Global dengan persidangan antarabangsa dan editor jurnal berindeks. Pengalaman ini mengharapkan agar dapat menyumbang pembangunan akademik dan penyelidikan di UNESA.

Bersempena dengan lawatan akademik beliau ini sebagai Profesor Adjung, satu sesi viva peringkat Sarjana telah dilaksanakan melibatkan Prof. Madya Dr. Mohd Hairy sebagai penilai antarabangsa. Ini merupakan sebahagian dari aktiviti UNESA sebagai CAPEU Universiti dengan kerjasama antara FSK dengan Fakultas Ilmu Sosial dan Politik (FISPOL), Universitas Negeri Surabaya (UNESA).
Menerusi program Adjunct Profesor tersebut, Unicersitas Negeri Surabaya telah mengambil langkah akan melaksanakan perkongsian aktif dan mereka akan berusaha untuk menjalankan program untuk manfaat bersama dalam pengukuhan program akademik sains sosial termasuk penerbitan dan penyelidikan, webinar antarabangsa, pengukuhan akaemik kakitangan dan pelajar, bengkel pelajar antarabangsa bagi program akademik, menyertai penyelidikan dan penilai antarabangsa pascasiswazah.

Antaranya Fakultas Ilmu Sosial dan Politik (FISPOL) UNESA telah melaksanakan bengkel menulis manuskrip artikel jurnal dan persidangan kepada pensyarah-pensyarah bagi program pengukuhan akademik yang disampaikan oleh Adjunct Profesor. Ini adalah peringkat pertama bagi program lawatan akademik Adjunct Profesor. Menurut Dekan Fisipol, pada masa-masa akan datang juga program yang sama akan diadakan lagi bersama Prof. Madya Dr. Mohd Hairy bagi pengukuhan mutu dan kualiti pensyarah UNESA. UNESA berharap UPSI dapat membantu dalam pengantarabangsaan UNESA ini bagi masa depan melalui Program Akademik Adjunct Profesor ini.
Manakala, FISIPOL juga menganjurkan bengkel teknik penulisan dan penerbitan kepada pascasiswazah. Bengkel ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Hairy bagi memenuhi pengukuhan Program Lawatan Akademik Adjunct Profesor UNESA bagi tahun 2024. Menurut pelajar pascasiswazah, program ini amat membantu mereka menghasilkan artikel dari hasil tesis mereka dalam penerbitan yang berindeks scopus kelak. Perkongsian ilmu dan pengalaman penerbitan oleh Profesor Adjung amat penting dalam meningkatkan mutu dan kualiti penerbitan mereka.

Pertemuan Prof. Madya Dr. Mohd Hairy bersama Dr. Bambang Sigit Widodo. Wakil Rektor 3, UNESA dan Dr. Wiwik Sri Utami, dekan FISPOL UNESA bersetuju bagi perancangan akan datang program ini juga akan melibatkan Adjunct Profesor dalam penyelidikan dan terlibat sebagai Penilai Tesis Sarjana/S2 atau Projek Tahun Akhir bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda (S1) dan menyertai pelbagai aktiviti akademik. FISIPOL UNESA telah melantik Prof. Madya Dr. Mohd Hairy sebagai International Editor, Jurnal Geografi, Geografi Dan Pengajarannya, tahun 2024 dan International Journal Of Geography, Social, and Multicultural Education” Tahun 2024. Ini bagi memperkukuhkan jalinan kerjasama dalam meningkatkan mutu dan kualiti penerbitan UNESA dan UPSI.
Antara cadangan Program dan aktiviti lain yang diusulkan oleh Adjunct Profesor bersama UNESA, Indonesia adalah program pemantapan pelajar dan pensyarah UNESA dalam melaksanakan program mobiliti pelajar berkredit dan tidak berkredit dan perlaksanaan program pertukaran pensyarah di UNESA/UPSI. Juga, bagi program pertukaran pelajar yang akan menjalankan Latihan Mengajar (LM) iaitu selama 8 minggu (pelajar UPSI) dan 4 minggu pelajar UNESA. Ini juga bagi mengukuhkan kerjasama akademik kedua belah pihak.
Adjunct Profesor juga berharap Kedua-dua pihak begitu komited untuk kolaborasi tersebut bagi mengukuhkan lagi kerjasama dalam memberikan manfaat bersama antara kedua-dua universiti.
Kerjasama akademik turut dibincangkan dalam Program Lawatan Akademik Adjunct Profesor ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada program Pendidikan dan penyelidikan kedua-dua pihak. Semoga pertemuan ini dapat memberi peluang berkolaborasi dalam membuka lembaran baru kerjasama akademik antara UPSI dan UNESA.
