Oleh: Nur Atika Safika Idris Dan Nor Hayati Aziz

Tanjong Malim, Perak – 30 Julai 2024, Pusat Ulul Albab telah menerima lawatan santun daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi, Kedah yang melibatkan seramai 22 pelajar Pendidikan Khas dan 5 orang guru.

Lawatan tesebut juga dihadiri oleh 8 orang staf Pusat Ulul Albab termasuk Pengarah Pusat Ulul Albab, Dr. Sakinah Binti Salleh.

Tujuan lawatan ini dijalankan bagi memahami dengan lebih lanjut mengenai program pendidikan yang ditawarkan serta berinteraksi dengan pensyarah dan pelajar serta melihat kemudahan yang disediakan oleh pihak pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Bukan itu sahaja, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi juga berharap lawatan ini dapat memberikan pendedahan yang bermanfaat serta maklumat yang bermanfaat kepada pelajar yang terlibat.

Lawatan ini dirasmikan oleh Pengarah Pusat Ulul Albab, Dr. Sakinah Binti Salleh, beliau berkata lawatan ini merupakan satu inisiatif yang baik untuk memupuk semangat pendidikan dan memberi pendedahan kepada pelajar.

Ucapan perasmian Pengarah Pusat Ulul Albab, Dr. Sakina Binti Salleh

Dengan menyediakan lawatan yang menyeluruh seperti ini, pelajar SMK Jabi Kedah akan mendapat gambaran yang jelas mengenai kemudahan dan pengalaman pembelajaran di UPSI.

Pelajar dan guru dari SMK Jabi berpeluang untuk mempelajari kaedah dan program yang diterapkan di Pusat Ulul Albab.

Pelajar dan guru SMK Jabi yang terlibat sedang melihat tayangan video korporat

Lawatan ini juga memberi peluang kepada peserta untuk melihat kemudahan yang disediakan oleh UPSI, termasuk infrastruktur dan sumber pembelajaran yang dapat menyokong pendidikan pelajar.

Selain itu, lawatan ini diharapkan dapat menjadi platform untuk pertukaran idea dan pengalaman antara pelajar SMK Jabi dan tenaga pengajar di UPSI, yang boleh memanfaatkan kedua-dua pihak dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan.

Penyampaian cenderamata kepada guru yang terlibat

Lawatan ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada pelajar SMK Jabi dalam mengejar kecemerlangan akademik serta memperkukuh minat mereka dalam bidang pendidikan.

Dengan pendedahan kepada sistem pembelajaran yang berbeza, pelajar dapat memahami lebih mendalam tentang pelbagai pendekatan dalam pendidikan yang dapat diterapkan di sekolah mereka.

Secara keseluruhannya, lawatan ilmiah ini merupakan langkah positif dalam memperluas pengetahuan dan pengalaman pelajar, serta memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan.