Oleh: Nur Amirah Hana Azizi

Perbincangan Projek Inkubator Business In Tranforsmation (BIT) Pernas @ UPSI berlangsung di Kafe Kuhot Taman Cempaka, Ipoh.

Perbincangan bersama usahawan ini adalah bagi mewujudkan rantaian kerjasama antara pihak universiti dan agensi luar dalam menemukan mahasiswa yang cenderung menjadi usahawan inkubator bagi projek BIT PERNAS.

Konsep Inkubator BIT PERNAS ini disampaikan oleh Pengarah Pusat Pembangunan Keusawahanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE), Dr. Sharul Effendy Janudin.

Semestinya tujuan projek ini adalah bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang realiti sebenar berniaga dalam komposisi yang besar.

Di samping itu, ia juga akan menjadi pemangkin dalam proses melahirkan usahawan berjaya dalam keusahawanan secara bermodul dan berfokus.

Antara konsep yang akan diterapkan dalam projek ini ialah sistem yang terkawal dimana pelajar akan dipantau secara berkala dan sistematik oleh kedua-dua pihak iaitu EDGE dan BIT sendiri bagi memastikan tujuan projek tercapai.

Selain itu, latihan dan kursus juga akan diberikan kepada pelajar bagi memantapkan lagi mereka dengan asas-asas keusahawanan

Seramai 10 usahawan turut hadir ke perbincangan ini dimana ia merupakan langkah permulaan bagi mereka bekerjasama dengan Universiti Awam.

Antara usahawan yang turut hadir ialah Azmi Kuhot, Zie Putu Perak, Ngopdul Coffee, Mazreen Mozacrunch, Chor World dan Iddas Frozen. Mereka merupakan usahawan yang berpotensi untuk dijadikan sebagai BIT di UPSI.

Semoga para usahawan yang menghadiri perbincangan ini mendapat manfaat serta gambaran perjalanan projek yang akan datang ini serta dapat bekerjasama bersama Pusat Pembangunan Keusahawanan & Kebolehapsaran Graduan (EDGE) pada masa hadapan.

Harapan bagi projek ini adalah UPSI boleh menjadi Universiti pertama yang dapat mengangkat konsep projek ini ke Universiti Awam yang lain.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)