Oleh: Bazli Razak

California, 31 Julai 2024- Kejohanan Adobe Certified Professional World Championship 2024 menyaksikan siswa dari Politeknik Muadzam Shah, Izzul Zafran Abd Razak dinobatkan Johan, manakala Alan Tan Khee Sheng dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mendapat tempat ke-7.

Izzul Zafran terima replika cek dan piala kemenangan sebagai Johan ACP 2024

Menerusi kejohanan kali ini, peserta perlu bersaing dengan 47 orang peserta dari lebih 40 buah negara bagi mempamerkan kemahiran menggunakan Adobe Perisian Creative Cloud dengan merekabentuk poster bertemakan “Kemahiran Digital untuk Masa Depan Mampan” dalam masa sahaja lapan jam sahaja.

Terdahulu, Alan Tan Khee Sheng dari Universiti Pendidikan Sultan Idris mendapat tempat ke-2 dan Izzul Zafran Abd Razak dari Politeknik Muadzam Shah mendapat tempat ke-3 dalam Kejohanan Kebangsaan Adobe Certified Professional (ACP) Malaysia 2024 pada Mei yang lalu sekaligus melayakkan mereka mewakili Malaysia ke ACP World Championship 2024.

Alan Tan mendapat tempat ke-7 ACP 2024

Poster yang dihasilkan dinilai oleh The King’s Trust International dan Pakar Industri Reka Bentuk berdasarkan daya tarikan visual, pematuhan kepada pelanggan berkeperluan, estetika jenama dan penggunaan profesional aplikasi Adobe Creative Cloud.

Poster yang dihasilkan oleh Izzul Zafran
Poster yang dihasilkan oleh Alan Tan

Pada edisi yang lalu, wakil dari Malaysia telah memenangi gelaran Juara Dunia pada 2020, Naib Johan Dunia pada 2016, Tempat ke-5 pada 2021, dan Tempat ke-7 pada 2023 dalam kejohanan ini.

Pada tahun hadapan, Acestar and Creative Cloud Community akan menjadi tuan rumah Adobe Certified Professional Malaysia National Championship Grand Finale 2025 bertempat di Kuala Lumpur pada 15 Mei dan pendaftaran akan bermula pada 6 November 2024 ini.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)