Oleh: Nor Hayati Aziz

Pahang – Kursus Organisasi Dinamik Majlis Jawatankuasa Sahabat Ulul Albab (MJKESUA) berjaya diadakan dengan jayanya di Taman Negara dari 9 hingga 11 Ogos 2024, menampilkan pengisian berfokus kepada pengurusan organisasi MJKESUA, struktur organisasi, serta peranan dan tanggungjawab ahli-ahlinya.

Program ini berlangsung dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat, termasuklah jungle trekking, rapid shooting, dan canopy walk way. Aktiviti-aktiviti fizikal ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal peserta, malah juga memupuk semangat berpasukan dan ketahanan mental yang penting dalam pengurusan sesebuah organisasi.

Slot Ice Breaking dijalankan bagi mengeratkan hubungan dalam kalangan peserta di samping dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dalam kumpulan.

Selain daripada aktiviti fizikal, peserta turut didedahkan dengan gaya kepimpinan yang berkesan dan teknik motivasi yang bertujuan untuk memperkasa lagi daya kepimpinan dalam kalangan ahli MJKESUA.

Satu sesi tadabbur alam yang diselitkan dengan peringatan 99 nama Allah turut diadakan, mengajak peserta untuk merenung dan menghayati kebesaran Tuhan dalam setiap aspek kehidupan dan tugas mereka.

Pembentangan analisis SWOT oleh peserta untuk menilai kekuatan dan kelemahan program serta peluang dan ancaman yang akan dihadapi.

Analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities, Threats) turut dijalankan bagi menilai kekuatan dan kelemahan program, serta peluang dan ancaman yang mungkin dihadapi. Analisis ini diharap dapat menjadi panduan untuk penambahbaikan program pada masa akan datang.

Peserta melawat ke Taman Negara bagi melakukan aktiviti fizikal
Peserta melakukan aktiviti jungle trekking ke puncak Bukit Terisek.

Pengarah Ulul Albab, Dr. Sakinah Salleh, turut meluahkan hasrat dan harapannya terhadap program ini, dengan menyatakan bahawa program seperti ini penting dalam membina dan memperkukuh kompetensi pengurusan dalam kalangan ahli MJKESUA.

Aktivity Canopy Walk dilakukan di mana peserta perlu berjalan di atas jambatan gantung yang berketinggian 45 meter dari tanah.
Peserta melawat ke Perkampungan Orang Asli di Kampung Tabung untuk mempelajari tentang budaya dan cara hidup masyarakat mereka

Beliau berharap agar peserta dapat menerapkan ilmu yang dipelajari dalam tugas harian mereka dan menjadi pemimpin yang lebih berwibawa serta berintegriti.

Penyelaras 1, Dr. Tajul Rosli Shuib, mengendalikan sepenuhnya kursus ini dan  meluahkan hasrat dan harapan beliau agar program ini dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang berwibawa, berintegriti, dan mampu memimpin dengan bijaksana dalam organisasi MJKESUA.

Menurut beliau, melalui kursus ini, peserta bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran pengurusan mereka tetapi juga dapat memahami dengan lebih mendalam tanggungjawab mereka dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan sekolah.

Slot tazkirah yang disampaikan oleh Dr. Samsuddin Abdul Hamid, Penyelaras 2 Pusat Ulul Albab yang memberikan inspirasi rohani kepada peserta.
Dr. Sakinah binti Salleh, Pengarah Pusat Ulul Albab
Peserta Bersama Dr. Tajul Rosli bin Shuib selaku Penyelaras 2 Pusat Ulul Albab.

Dr. Tajul Rosli turut menekankan pentingnya ilmu yang diperoleh sepanjang kursus ini untuk diterapkan dalam tugas harian, dengan harapan agar ia dapat membawa manfaat yang berterusan kepada organisasi dan komuniti sekolah.

Beliau juga berharap agar program seperti ini dapat dijadikan sebagai platform yang berterusan untuk pembangunan profesional ahli MJKESUA dan sebagai contoh terbaik dalam pembinaan kepimpinan di kalangan generasi muda.

Selain itu, tazkirah yang disampaikan oleh Penyelaras 2, Dr. Samsuddin Abdul Hamid memberikan inspirasi rohani yang sangat diperlukan bagi membimbing peserta dalam menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan berlandaskan nilai-nilai murni.

Secara keseluruhannya, Kursus Organisasi Dinamik MJKESUA ini memberikan impak positif kepada semua peserta dan diharap dapat menjadi platform untuk memperkasakan lagi MJKESUA dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih cemerlang pada masa hadapan.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)