Oleh: Nur Ilina Ishak

TANJUNG MALIM, 13 Ogos – Seramai 80 mahasiswa/i Univerisiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terlibat dalam MOHE-MDEC Global Outsourcing Talent (GOT) Bootcamp yang merupakan sebuah program anjuran Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) selama 7 hari  bertempat di UPSI, Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS).

GOT Bootcamp merupakan sebuah program inisiatif oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan MDEC yang menawarkan latihan intensif dalam pelbagai bidang antaranya Virtual Assistant, Linguistics & Writing, Creative Media, Social Media Manager, dan IT & Web Development untuk mempromosikan ekonomi digital dan meningkatkan kebolehan serta kemahiran agar para graduan tempatan mampu bersaing sebagai freelancer secara kompetitif di peringkat global.

Sepanjang 7 hari latihan intensif berlangsung, para peserta didedahkan dengan latihan kemahiran digital secara kelompok, latihan teknikal, pengurusan projek pemahaman pasaran freelancer, strategi pemasaran digital dan penggunaan platform freelancer.

Dalam majlis penutupan, Senior Executive MDEC, Encik Muhammad Haziq Badrul Hissham menyatakan dalam ucapan beliau bahawa “Sebanyak 20% peluang pekerjaan dalam pasaran global sebagai freelancer namun di Malaysia, peluang tersebut adalah sebanyak 28% dan itu bukanlah yang sangat besar”.

Seterusnya, Pengarah EDGE UPSI Prof. Madya Dr. Sharul Effendy Janudin telah merasmikan dan merangkumkan secara ringkas bahawa komitmen para pelajar menghadiri setiap sesi latihan intensif sehingga penghujung ini membuktikan bahawa komitmen yang ditonjolkan oleh mahasiswa/i UPSI sangat baik.

Tambah beliau, mahasiswa/i UPSI ini berpotensi untuk berdaya saing apabila melangkah ke alam dunia pasaran digital yang kini semakin meluas di peringkat antarabangsa.

Sebanyak 7 anugerah individu Freelancer Terbaik Lelaki dan Wanita bagi setiap workstream iaitu Linguistics & Writing, Creative dan IT & Web Development manakala bagi kategori Freelancer Terbaik Keseluruhan telah dinobatkan kepada Muhammad Luqman Hakim Mohd Hanapiah. Bagi kategori berkumpulan sebanyak 2 kumpulan terbaik telah dinobatkan.

Selain daripada itu, sesi perkongsian bersama pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tentang peluang pekerjaan yang ada di Malaysia dalam bidang digital dan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP berkenaan simpanan untuk pekerja sendiri dan skim yang di berikan oleh kerajaan kepada pekerja gig.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)