Oleh: Muhammad Firdhaus bin Roosly

Tanjong Malim – Lawatan Sekolah Menengah Datuk Mansor ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dikelolakan oleh persatuan Sekretariat Mahasiswa Anak Negeri Sembilan (SEMANIS) di bawah pimpinan Muhammad Iman Iskandar Bin Bahaman selaku pengarah program merangkap Yang Dipertua SEMANIS. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah tersebut tentang suasana kampus seterusnya mempromosikan bidang pengajian yang ditawarkan di UPSI merangkumi semua peringkat pengajian. Warga SMK Datuk Mansor juga dibawa melawat ke lokasi kemudahan-kemudahan yang terdapat di UPSI.

Kerjasama antara guru-guru SMK Datuk Mansor dan ahli-ahli SEMANIS dalam menjayakan program ini dengan menanam motivasi kepada murid sekali gus memberikan impak yang positif antara kedua-dua belah pihak. Seramai 111 orang warga SMK Datuk Mansor dengan keterlibatan  81 orang murid yang terdiri daripada tingkatan satu sehingga tingkatan enam. Tidak dilupakan juga kepada sukarelawan yang terlibat seramai 30 orang yang terdiri daripada pelajar diploma UPSI serta ahli-ahli SEMANIS yang turut menyumbangkan tenaga bagi melancarkan perjalanan program ini.

Setiap sukarelawan telah diberikan tugas masing-masing antaranya sebagai pemandu pelancong yang akan menerangkan fasiliti yang terdapat di UPSI. Pemandu pelancong yang terdiri daripada enam orang sukarelawan telah menaiki tiga rombongan bas SMK Datuk Mansor yang mewakili dua orang setiap bas di pintu timur Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI.

Bas-bas ini akan mengelilingi kampus ini sehingga sampai pada destinasi pertama iaitu UPSI Merchandise, Bitarasiswa. Di sini, guru-guru dan murid-murid melawat kedai cenderamata UPSI dengan mendedahkan identiti universiti melalui barangan yang dijual serta mempromosikan dan menunjukkan sokongan kepada UPSI. Mereka boleh membeli barangan seperti baju, topi, buku nota, dan pelbagai cenderamata lain yang bukan sahaja menjadi kenang-kenangan, tetapi juga lambang kebanggaan menjadi sebahagian daripada komuniti UPSI.

Setelah itu, warga SMK Datuk Mansor dibawa untuk melihat Setelah melawat Arena UPSI, bas akan bergerak ke destinasi berikutnya iaitu UPSI Adventure Park yang terletak di Kampus Sultan Azlan Shah. Di sini, warga SMK Datuk Mansor akan didedahkan kepada pelbagai aktiviti lasak dan mencabar yang ditawarkan oleh taman rekreasi ini. UPSI Adventure Park merupakan tempat yang ideal untuk mereka yang gemarkan aktiviti luar dan cabaran fizikal.

Program ini diakhiri dengan majlis penutupan. Majlis penutupan ini dihadiri oleh Puan Fatin Azira binti Md Ab Rani selaku penasihat persatuan SEMANIS bersama-sama Tuan Sharudin bin Said selaku Pengetua SMK Datuk Mansor, Puan Hajah Noorasmak binti Md Noh selaku Penolong Kanan HEM SMK Datuk Mansor dan Puan Hajah Noor Lela binti Yahaya selaku Penolong Kanan Tingkatan Enam SMK Datuk Mansor.

Majlis dimulakan dengan ucapan wakil SEMANIS daripada Iman Iskandar selaku pengarah program seterusnya ucapan pengetua SMK Datuk Mansor, Tuan Sharudin bin Said. Beliau merupakan bekas pelajar IPSI nama lama bagi UPSI. Beliau mengatakan;

Saya amat terharu melihat perubahan yang ada di UPSI ini. Oleh itu, nasihat saya kepada murid SMK Datuk Mansor, berusahalah memasuki bidang atau universiti yang kamu minati seperti abang dan kakak yang berada di sini.”

Tambahannya lagi, Semoga program yang dianjurkan ini dapat membakar semangat kamu untuk berusaha lebih gigih.”

Majlis diteruskan dengan perkongsian bekas pelajar SMK Datuk Mansor yang kini menjadi pelajar UPSI iaitu Nurul Amira Syazwani binti Norazmi di samping diselitkan sesi perkongsian program pengajian di UPSI oleh pihak akademik UPSI yang berwakilkan oleh Puan Norliana binti Zainudin dan Puan Saidatul Saiha binti Saifuzzaman. Sesi ini memperincikan tentang kos-kos yang ada kepada murid-murid SMK Datuk Mansor. Majlis diakhiri dengan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara penasihat SEMANIS dan pengetua SMK Datuk Mansor dengan sesi bergambar sebagai kenangan.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)