Oleh: Aida Najwa Zahidan dan Pn Najidah Yahya

Tanjong Malim – Frasa ‘Pengalaman yang mendewasakan’ hanya tinggal frasa jika tidak diamati dengan baik. Tidak dinafikan bahawa pembentukan peribadi seseorang turut dipengaruhi oleh pengalaman yang pernah seseorang lalui. Tidak kisah sama ada pengalaman bekerja atau belajar, masing – masing mempunyai jalan cerita dan kisah tersendiri.

Oleh yang demikian, Pusat Kaunseling dengan kerjasama UPSI Preloved Shoppe Club telah menganjurkan sebuah program Pembangunan Akademik, Bangkit Cemerlang: Menuju Puncak – Siri 1 pada 22 Jun 2024 yang lalu.

Program dirasmikan oleh Dr Pau Kee selaku pengarah Pusat Kaunseling dan sesi perkongsian disampaikan oleh Dr Diddy Hirdy, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sesi perasmian oleh Pengarah Pusat Kauseling, Dr Pau Kee

Program ini bukan sahaja bertujuan untuk berkongsi kepada mahasiswa UPSI tentang cabaran dan laluan dalam mencapai kecemerlangan, malah untuk menyuntik semangat mahasiswa agar sentiasa positif untuk berusaha mengejar dan mencapai kecemerlangan akademik.

Walaupun pengalaman yang dikongsikan oleh Dr Diddy hanya dialami oleh beliau, namun peserta yang menyertai program ini dapat mengambil iktibar serta pengalaman melalui perkongsian yang dikongsikan oleh Dr Diddy.

Sesi perkongsian tetamu jemputan

Melalui perkongsian seperti ini, para peserta akan mempunyai keputusan dan kaedah yang boleh diambil jika berhadapan dengan situasi yang sama.

Oleh itu, program seperti ini juga dapat membimbing mahasiswa UPSI agar sentiasa mencari alternatif dan penyelesaian untuk berjaya dalam apa sahaja yang mereka lakukan, sama ada akademik, mahupun kehidupan.

Di samping itu, perkongsian yang dikongsikan oleh Dr Diddy juga dapat membuka minda para peserta berkenaan kejayaan dalam akademik merupakan satu tiket kejayaan yang sangat dipandang apabila tamat pengajian kelak.

Perkongsian yang disampaikan oleh beliau cukup memberi semangat dan menarik minat para peserta untuk kekal cuba membuat yang terbaik dalam bidang akademik.

Melalui kejayaan yang telah dicapai oleh beliau cukup membuktikan apa yang dikongsikan oleh beliau itu berkesan serta membuahkan hasil.

Dalam perkongsian beliau turut menyelitkan tentang kegigihan seseorang dalam menempuh pelbagai cabaran dan rintangan demi menyambung pelajaran.

Pelbagai cabaran yang perlu diharungi disamping terdapatnya tanggungjawab lain yang perlu dipikul seperti tanggungjawab kepada keluarga kerana beliau telah berkahwin semasa menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Ketabahan beliau juga turut dikagumi dalam menghadapi suka dan duka semasa menyambung pelajaran di luar negara.

Sesi soal jawab antara hos dengan tetamu jemputan

Program ini dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi tentang perjalanan suka dan duka sepanjang menyambung pelajaran di universiti. Melalui perkongsian pengalaman beliau, dapat dilihat segala kecemerlangan dan kejayaan yang dicapai oleh beliau bukanlah sesuatu yang mudah apabila melibatkan kos, masa dan tenaga disamping tanggungjawab kepada keluarga, namun beliau dapat mengharunginya sehingga tamat dengan cemerlang dalam menggulung segenggam ijazah.

Melalui perkongsian beliau juga, para pelajar dapat mengetahui tentang tips atau kaedah yang boleh dilakukan apabila menghadapi tekanan dan stres ketika belajar.

Beliau juga amat menekankan tentang ‘circle’ atau persekitaran yang baik terutamanya kepada pelajar yang akan memasuki alam universiti.

Sesi fotografi

Begitu juga dengan pelajar yang sedang menuntut di universiti yang juga perlu menitikberatkan tentang hal ini agar dapat menamatkan pembelajaran dengan jayanya.

Adalah diharapkan agar program sebegini dapat dipergiatkan lagi pada masa akan datang dalam menjadi pendorong kepada pelajar untuk terus bersemangat dalam menempuh alam belajar di universiti.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)