Oleh: Aida Najwa Zahidan dan Najidah Yahya

Tanjong Malim –  Pusat Kaunseling UPSI dengan kerjasama UPSI Preloved Shoppe Club berjaya menganjurkan satu lagi projek berbentuk kesukarelawanan melibatkan mahasiswa dan mahasiswi UPSI. bertempat di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Alor Gajah, Melaka.

Program sukarelawan pada kali ini membawa sedikit kelain daripada kebanyakan program sukarelawan yang pernah dianjurkan.

Sebelum aktiviti pembersihan pantai
Aktiviti pembersihan pantai

Kebiasaan program sukarelawan lebih berfokuskan kepada menyumbang kepada komuniti dan masyarakat sahaja, berbeza pada kali ini, fokusnya lebih tertumpu kepada pemuliharaan flora dan fauna.

Program pada kali ini memperlihatkan objektifnya untuk melatih ahli sukarelawanan dalam membina hubungan dan memberi manfaat kepada masyarakat yang memerlukan termasuk penjagaan dan pemuliharaan haiwan.

Aktiviti pembersihan kolam penyu
Aktivit pembersihan kolam penyu
Semua peserta dan pihak pusat penerangan penyu

Oleh yang demikian, melalui penganjuran program seperti ini dapat mewujudkan persekitaran dan suasan yang gembira dan ceria dalam menjalinkan hubungan silaturahim antara sukarelawan dan komuniti setempat.

Program seperti ini juga mampu meningkatkan kepekaan dan keprihatinan ahli sukarelawan terhadap pelbagai latar belakang komuniti yang memerlukan.

Pengajuran program seperti ini juga dalam masa yang sama dapat mempromosikan UPSI sebagai pusat pendidikan yang melahirkan sukarelawan di peringkat komuniti. Mahasiswa dan mahasiswi yang menyertai program ini bukan sahaja dapat menimba pengalaman baharu, sekali gus dapat mempelajari bagaimana untuk berinteraksi dengan komuniti luar dalam menjayakan sesebuah program.

Seramai 35 orang mahasiswa dan mahasiswa UPSI telah menjayakan program ini dan telah menimba pelbagai pengalaman dan ilmu baharu terutamanya melibatkan pemuliharaan penyu.

Sesi taklimat penerangan di galeri penyu

Para peserta juga berkesempatan untuk mengetahui sepsis penyu yang terdapat di dalam dan luar negara. Program ini telah memberi pendedahan dan input baharu kepada para peserta tentang kehidupan haiwan yang diancam kepupusan.

Pelbagai ilmu tambahan juga diperoleh seperti maklum lanjut berkaitan penyut terutamanya berkaitan jangka hayat dan faktor yang mempengaruhi kepupusan haiwan ini.

Diharapkan agar program seperti ini dapat dijalankan dimasa hadapan terutama aktiviti kesukarelawanan melibatkan flora dan fauna dalam usaha untuk memulihara khazanah negara yang kian diancam kepupusan.