Oleh: ChM Dr Yuhanis Mhd Bakri

Tanjung Malim, Perak, 19 Ogos 2024 – Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPS) berkunjung ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 19 Ogos 2024.

Delegasi KUIPS diketuai oleh Rektor KUIPS iaitu Profesor Dr. Muhamad Rozaimi Ramle selain turut disertai Pemangku Timbalan Rektor Akademik, Profesor Dr. Basri Ibrahim; Bendahari, Encik Khairul Anuar Razak; Pendaftar, Encik Noor Azman Yusof; Pengarah, Jabatan Canselori, Encik Muhammad Syazuwan Ahmad dan Pengarah, Jabatan Teknologi Maklumat, Encik Mohd Zaki Shahabuddin.

Turut hadir ketika perbincangan tersebut ialah Pegawai Tadbir, Jabatan Hal Ehwal Akademik, KUIPS, Puan Alyanie Baharudin dan Encik Mohd Iswan Shah Shahidan, Pegawai Teknologi Maklumat, Puan Siti Seha Salleh serta Pegawai Tadbir, Jabatan Canselori, Encik Aizat Suhrawady Zainol Abidin.

Delegasi dibawa menelusuri sejarah dan pencapaian UPSI yang dipamer di Bangunan Canselori sebelum perbincangan diteruskan.

Hasrat kunjungan tertumpu kepada perbincangan berkaitan MOOC UPSI termasuk perkongsian berkenaan dengan pembangunan sistem, cadangan modul dan latihan serta kursus MOOC yg sesuai untuk pensyarah KUIPS serta kursus pengajaran dan pembelajaran bagi pensyarah KUIPS yang dianjurkan PPA UPSI.

Perbincangan dipengerusikan oleh Pengarah Akademik dan Antarabangsa, Profesor Madya Dr Ridzwan bin Che Rus. Manakala, Pihak Pusat Pembangunan Akademik UPSI diwakili Pengarah, Profesor Madya Dr Normah Jusoh, Timbalan Pengarah e-Pembelajaran dan Transformasi Akademik, Dr Noor Anida Zaria Mohd Noor, Penyelaras Unit Kecemerlangan Akademia, ChM Dr Yuhanis Mhd Bakri, Penolong Pendaftar Kanan, Puan Norhasrina Mohd Idris, Pegawai Teknologi Maklumat, Puan Siti Nadiah Halimah Md Shah dan Penerbit Rancangan, Encik Idrees Abdul Wahab.

Perbincangan juga disertai oleh Penolong Pendaftar Kanan, Bahagian Sumber Manusia UPSI, Puan Nurul Ain Sahar.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)