Oleh: Bazli Razak

Tanjong Malim, 2 Oktober 2024 – Seramai 24 kontinjen yang terdiri daripada kakitangan universiti termasuk agensi luar hadir bagi memeriahkan perarakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini.

Perarakan kontinjen bertemakan Al-Falah Pemacu Malaysia Madani ini disertai oleh kakitangan dan pelajar yang mewakili Pusat Tanggungjawab (PTj) masing-masing seawal jam 7.30 pagi.

Kontinjen Portfolio Naib Canselor mengetuai perarakan sambutan Maulidur Rasul

Menurut Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff, penyertaan perarakan majlis sambutan kali ini turut disertai oleh murid-murid dari Sekolah Rendah Seri Budiman, kanak-kanak dari Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak (NCDRC) serta Jemaah Masjid Al-Hidayah Bandar Behrang 2020.

“Inilah UPSI, universiti dan komuniti berpisah tiada, kami akan memastikan bahawa kami akan sentiasa menyumbang dan memberikan manfaat kepada masyarakat

Beliau berkata, majlis sambutan yang diadakan pada kali ini merupakan anjuran kali ke-3 bermula tahun 2022 sehingga tahun ini.

Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff menyempurnakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Jelasnya, sambutan Maulidur Rasul ini bukan sahaja sebagai hanya sambutan, tetapi penghayatan dalam kehidupan seharian.

“Melalui majlis ini dapat menyaksikan ukhuwah, kesatuan, kasih sayang dan semangat warga UPSI dalam menghayati perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

“Semoga semangat, iltizam dan keyakinan ini dapat membina dan memupuk ukhuwah sesama kita semua,” ujar beliau dalam ucapan perasmian majlis yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini merupakan anjuran daripada Pusat Islam UPSI dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Muallim(JAIPk) dan Pejabat Baitulmal Daerah Muallim, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Dalam pada itu, Majlis Sambutan Maulidur Rasul kali ini turut diserikan dengan sesi ceramah oleh penceramah jemputan iaitu Mantan Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mohd Arip Kosmo yang bertajuk ‘Padamu Kekasih’.

Penceramah jemputan, Dr. Mohd Arip Kosmo.

Majlis ini diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada kontinjen yang bertanding bagi tiga kategori yang dipertandingkan iaitu perarakan terbaik, pakaian terbaik dan sepanduk terbaik serta juara keseluruhan.

Johan bagi kategori sepanduk terbaik disandang oleh Fakulti Sains dan Matematik (FSM) dengan menerima replika cek wang tunai sebanyak RM 1,500 diikuti dengan tempat kedua yang disandang oleh Jabatan Pengurusan Pembangunan dan Harta Benda (JPPHB) dengan menerima replika cek wang tunai sebanyak RM 1000 seterusnya tempat ketiga yang disandang oleh Fakulti Pembangunan Manusia dengan menerima replika cek wang tunai sebanyak RM 800.

Bagi kategori perarakan terbaik dimenangi oleh Fakulti Sains dan Matematik (FSM) dengan menerima replika cek wang tunai sebanyak RM 1,500 diikuti dengan tempat kedua yang disandang oleh Jabatan Pengurusan Pembangunan dan Harta Benda (JPPHB) dengan menerima replika cek wang tunai sebanyak RM 1000 seterusnya tempat ketiga disandang oleh Portfolio Naib Canselor dengan menerima replika cek wang tunai sebanyak RM 800.

Kategori pakaian terbaik pula dimenangi oleh Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan dengan menerima replika cek wang tunai sebanyak RM 1,500 diikuti dengan tempat kedua yang disandang oleh Fakulti Sains dan Matematik dengan menerima replika cek wang tunai sebanyak RM 1000 seterusnya tempat ketiga disandang oleh Fakulti Komputeran dan META-Teknologi dengan menerima replika cek wang tunai sebanyak RM 800.

Juara keseluruhan bagi sambutan Maulidur Rasul peringkat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada kali ini dianugerahkan kepada Fakulti Sains dan Matematik dengan membawa replika cek wang tunai sebanyak RM 3000.

Majlis yang diserikan persembahan nasyid oleh kumpulan D Kesakti itu turut hadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof Dr. Abdul Rahim Razalli; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof Dr. Suriani Abu Bakar; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof Dr. Norkhalid Salimin; Pendaftar UPSI, En. Helmi Zaifura Abdul Rahman; Bendahari UPSI, En. Mohamad Najib Mohamed;