Oleh: Alya Natasya Jais, Syahrul Shaffiq Syaiful Rizal dan Mahzuz Irfan Asmad
Tanjong Malim, 6 Oktober 2024 – Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki (MMKAB) sidang 2024/2025 menganjurkan Program Minggu Destinasi Ukhuwah Kolej Aminuddin Baki yang bertempat di Pusat Aktiviti Pelajar, Kolej Aminuddin Baki pada 6 Oktober 2024 yang lalu.
Program ini dijalankan selama sehari bermula daripada 7 pagi sehingga 10 malam yang telah melibatkan pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda ambilan September 2024/2025.


Objektif utama program ini ialah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara penghuni bersama barisan Pentadbiran dan Felo serta Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki Sidang 2024/2025.
Program ini dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan sesi Ice Breaking serta beberapa aktiviti yang dapat mengukuhkan lagi penghuni antara satu sama lain. Kemudian diteruskan dengan sesi slot bersama Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki Sidang 2024/2025 (MMKAB).
Program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan barisan pentadbiran dan felo serta taklimat daripada Ketua Felo, Encik Muhammad Safwan Ismail yang berkaitan dengan peraturan-peraturan di Kolej Aminuddin Baki.

Minggu Destinasi ukhuwah ini juga turut dihadiri oleh Pengetua Kolej Aminuddin Baki, Encik Zulkifli Mamat dan kakitangan pentadbiran dan felo-felo KAB.
Melalui ucapan Encik Zulkifli Mamat, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Mahasiswa dan Mahasiswi Ijazah Sarjana Muda Ambilan September 2024/2025 atas kejayaan mereka dalam menyambung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Beliau turut mengatakan bahawa penting untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara penghuni baru bersama barisan Pentadbiran dan Felo serta Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki.
Dalam ucapan beliau juga, beliau mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua Pimpinan Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki Sidang 2024/2025 dan semua pihak yang terlibat kerana berjaya dalam melaksanakan program Minggu Destinasi Ukhuwah.

Melalui program ini, diharapkan agar mampu memberikan impak yang positif kepada semua penghuni terutamanya dalam menjalinkan ikatan ukhwah yang lebih erat dalam kalangan pihak pengurusan kolej bersama dengan penghuni kolej aminuddin baki bagi memudahkan semua gerak kerja program berjalan dengan lancar sekaligus mampu mewujudkan suasana yang harmoni dalam kediaman Kolej Aminuddin Baki.
