Oleh: Nor Azah Abdul Aziz
Tanjong Malim, 14 Oktober 2024 – Kolaborasi antarabangsa servis komuniti terhadap Industri Kecil Sederhana (IKS) daerah Muallim melibatkan UIN Suska Riau Indonesia, Fakulti Komputeran dan Meta Teknologi UPSI dan Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) telah mengadakan lawatan kerja ke tujuh IKS terpilih dan Fakulti Komputeran dan Meta Teknologi UPSI.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mengimplementasikan jalinan kerjasama antara UIN Riau, UPSI dan MDTM terutamanya dalam menyelidiki permasalahan IKS daerah Muallim terhadap promosi digital yang telah dijalankan.
Seramai dua pensyarah daripada Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau Indonesia, seorang pensyarah dari Fakulti Komputeran dan Meta Teknologi UPSI serta empat pegawai MDTM telah menyertai lawatan ini dan telah melawat ke Madu Kelulut Laman Iraqi, Ladang Markisa, Batik Tanah Liat Muallim, Kilang Roti Mokhtar, Kek Tapak Kuda Azra, SIL Leather and Colours dan Pau Sedili UPSI.
Delegasi ini juga turut diraikan di Bilik Mesyuarat Fakulti Komputeran dan Meta Teknologi UPSI bagi sesi berkenalan dan perbincangan untuk kolaborasi akan datang yang boleh dijalinkan di antara ke tiga-tiga pihak ini.
Lawatan ini juga adalah lawatan balas kali ke dua yang telah dilakukan oleh Fakulti Komputeran dan Meta Teknologi pada tahun 2023 di mana dua pensyarah telah diwakilkan sebagai Profesor tamu untuk mewujudkan jaringan pascasiswazah, penerbitan, penyelidikan, dan akademik yang menghasilkan LOI di peringkat global.