Oleh: Mohd Fadhli Rosli
Pasir Bogak, 13 Oktober 2024 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Prestasi dan Koordinasi Kakitangan dan Felo Kolej-Kolej Kediaman UPSI (PERKASA 2024) yang berlangsung pada 11 hingga 13 Oktober 2024 bertempat di Pangkor Village Beach Resort.
Program ini diadakan dengan kerjasama Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK), kolej-kolej kediaman, dan Jabatan Bendahari UPSI.
Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPSI Profesor Dr. Norkhalid Salimin, yang menekankan pentingnya jalinan kerjasama antara warga kolej kediaman dalam meningkatkan kualiti pengurusan dan pengalaman pelajar.
![](https://epena.com.my/wp-content/uploads/2024/10/2-28.png)
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI
Bengkel ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwah serta membina jalinan kerjasama di antara kakitangan dan felo kolej kediaman.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk sesi ‘ice breaking’, aktiviti dalam kumpulan seperti ‘water confidence’ dan berkayak, serta ceramah motivasi dan kewangan oleh penceramah jemputan, Hj Hushim Hj Salleh dan Timbalan Bendahari Kanan, Jabatan Bendahari UPSI, Dr. Sayed Muhammad Arif Sayed Yahya.
![](https://epena.com.my/wp-content/uploads/2024/10/3-29.png)
Program ini turut menyaksikan pembentangan hala tuju kolej-kolej kediaman oleh Pengerusi Majlis Pengetua, Profesor Madya Dr. Mohd Nizam Nasrifan, yang merangkap pengetua Kolej Ungku Omar.
Semua peserta terdiri daripada barisan pengetua, kakitangan pentadbiran, dan felo kolej-kolej kediaman telah memberi maklum balas positif terhadap program ini.
![](https://epena.com.my/wp-content/uploads/2024/10/4-27.png)
![](https://epena.com.my/wp-content/uploads/2024/10/6-15.png)
pakar motivasi terkemuka.
![](https://epena.com.my/wp-content/uploads/2024/10/7-8.png)
Timbalan Bendahari Kanan, Jabatan Bendahari
“Program ini sangat bermanfaat. Ia memberi peluang kepada semua warga kolej untuk saling berkenalan dan membina kerjasama, selain merasai pengalaman baharu dalam aktiviti berkayak,” ujar pengetua UKLK, Profesor Madya Ts. Dr. Che Ghani Che Kob.
Bengkel PERKASA 2024 diharapkan dapat meningkatkan tahap profesionalisme dan kemahiran kakitangan dalam aspek pembangunan sahsiah pelajar, di samping mengukuhkan perhubungan dan semangat berpasukan antara kolej-kolej kediaman di UPSI.