Oleh: PROF. MADYA DR. MAZLINI ADNAN dan NUR AISYAH ASWANI MOHD ASRI

SIMPANG AMPAT, 22 Oktober 2024 – Permainan matematik merupakan salah satu kaedah yang boleh diaplikasikan semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sama ada didalam mahupun di luar kelas. Hal ini mampu membantu para murid untuk menangani anxiety dalam matapelajaran matematik.

Sempena Explorasi Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) peringkat kebangsaan, kerjasama diantara Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Sekolah Kebangsaan Seri Tasek dapat dijalinkan apabila berjaya memobilisasikan seramai 80 orang murid yang melibatkan murid tahun 6 di dalam bengkel algebra. 

Taklimat ringkas oleh fasilitator                                
Agihan kumpulan menggunakan riben berwarna

Program yang berlangsung pada Rabu, 22 Oktober 2024 dimulakan dengan ketibaan enam orang fasilitator dan seorang pensyarah pembimbing di SK Seri Tasek bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Sebelum memulakan aktiviti, murid membuat enegizerbersama-sama sebelum pembahagian kumpulan dilakukan.

Setiap murid telah dibahagikan kepada 10 kumpulan mengikut warna riben yang telah dipilih secara rawak di dalam sebuah kotak. Taklimat ringkas dan sesi mencipta sorakan kumpulan telah dilakukan semasa sesi ice-breaking bagi mencetuskan semangat kerjasama antara mereka.

Sesi ice-breaking dan perbincangan sorakan kumpulan

Menerapkan konsep bengkel, fasilitator telah mencawiskan lima checkpoint yang mengandungi aktiviti yang menarik dan interaktif berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) algebra di tingkatan 1.

Hal ini mampu membantu murid tahun 6 di SK Seri Tasek  untuk lebih bersedia dan mempunyai pengetahuan asas berkaitan algebra apabila ke tingkatan 1 pada tahun hadapan. Aktiviti yang dijalankan di setiap checkpoint mengaplikasikan tajuk nisbah, kadaran, ungkapan algebra, persamaan linear dan ketaksamaan linear.

Aktiviti-aktiviti ini direka bagi memberi pendedahan serta minat murid terhadap algebra di samping memupuk sikap kerjasama dalam kumpulan, ketangkasan fizikal, memupuk kreativiti dan pemikiran kritis dalam kalangan murid.

Checkpoint 1 : Throwing Loop
Checkpoint 2 : Spin The Star
Checkpoint 3 : Guess The Blank

Program Explorasi STEM peringkat kebangsaan ini memberi peluang kepada murid untuk memperkasakan lagi diri mereka tentang ilmu pengetahuan matematik terutamanya ilmu algebra.

Checkpoint 4 : Choose Me
Checkpoint 5 : Bowling Ball

Aktiviti di setiap checkpoint menggalakkan pembelajaran yang lebih proaktif agar dapat membantu murid meraih lebih banyak maklumat kerana mereka boleh mencantumkan pengetahuan yang sedia ada tentang algebra.

Oleh itu, PdP yang berlaku secara lebih semula jadi dan aktiviti tersebut menjadikan subjek matematik itu lebih menyeronokkan dan boleh mencetuskan minat terhadap matematik khususnya dalam algebra.

Barisan Fasilitator Program Explorasi STEM

Barisan fasilitator, Nur Aisyah, Nur Farhah, Nur Zahirah, Egnes, Alexious dan Ryan  menyatakan harapan agar program ini dapat memberi inspirasi kepada murid untuk terus berinovasi dan mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi.

Mereka juga menyatakan harapan agar jaringan Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersama SK Seri Tasek terus diperkuat pada masa yang akan datang.