Oleh: Nurul Syazlina Amira binti Salehuddin

Tanjong Malim – 23 Oktober: Program Hari Interaktif Pelajar KAHS (HYPE KAHS) anjuran Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa, Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh sidang 2024/2025 (MMKAHS) telah berlangsung pada 19 Oktober 2024 yang bertempat di Padang Kolej Harun Aminurrashid,dan gelanggang-gelanggang Kolej Awang Had Salleh, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program ini telah berlangsung pada 19 Oktober 2024 bermula jam 7 pagi sehingga 1 petang.

Program ini dijalankan bertujuan untuk mendedahkan kawasan sekitar Kolej Awang Had Salleh dan mencabar daya pemikiran serta kreativiti peserta sekali gus merapatkan hubungan semua peserta dengan pihak Pentadbiran Kolej Awang Had Salleh dan ahli jawatankuasa yang terlibat. Demi menjayakan program, seramai 33 orang ahli jawatankuasa yang terlibat dan dibantu oleh pihak pentadbiran Kolej Awang Had Salleh (KAHS) bagi menjayakan Program Hari Interaktif Pelajar KAHS (HYPE KAHS). Bukan itu sahaja, program ini dapat memupuk nilai kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara MMKAHS bagi sidang 2024/2025 dengan pihak pentadbiran dan penghuni.

Program HYPE KAHS ini dimulakan dengan acara senamrobik dan pembahagian kumpulan iaitu total keseluruhan pelajar sebanyak 438 pelajar dibahagikan secara sama rata kepada 20 kumpulan. Program HYPE KAHS ini juga bertemakan “explorace” di mana terdapat 6 checkpoint yang setiap checkpoint mempunyai permainan yang tersendiri. Antara permainan yang terdapat dalam 6 checkpoint ialah Penalty Kick, Bingo dan Guli Rush. Walaupun menghadapi cuaca yang amat panas ketika permainan berlangsung, semua pihak termasuk ahli jawatankuasa dan peserta memberi kerjasama yang sangat baik untuk menjayakan program HYPE KAHS ini. Tambahan lagi, terdapat juga gerai jualan yang dikendalikan oleh Exco Ekonomi dan Keusahawanan Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh di mana mereka menjual makanan dan minuman seperti “Tauhu Begedil” dan air “Extrajoss”. Program ini juga diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada semua kumpulan di Padang Kolej Harun Aminurrashid, KSAS, USPI.

“Saya amat gembira dan berterima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang telah menganjurkan program ini. Saya berharap agar program seperti ini diteruskan lagi supaya hubungan antara penghuni dan Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh dapat dieratkan lagi” kata salah seorang penghuni KAHS. Secara keseluruhannya, Program Hari Interaktif Pelajar KAHS (HYPE KAHS) ini telah berjalan dengan lancar hasil bantuan semua pihak. Penutup kata, Majlis Tertinggi Program Hari Interaktif Pelajar KAHS (HYPE KAHS) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang telah hadir memeriahkan dan membantu dalam program anjuran MMKAHS sidang 2024/2025 ini. Kami juga berharap agar lebih ramai lagi penghuni yang dapat melibatkan diri dalam program-program yang akan datang.