Oleh: Ahmad Thaqif Zainudin dan Dr. Nur Ainul Basyirah Alias
Putrajaya, 15 Disember 2024- Persatuan Pendidikan Islam (PPI), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi sidang 2024/2025 telah menganjurkan sebuah program yang diberi nama Rehlah Insaniah Nuqaba’. Program ini telah dilaksanakan di Taman Botani, Putrajaya dan turut melibatkan penyertaan aktif dari semua nuqaba’ usrah. Program ini disertai seramai 18 orang nuqaba’ dan ahli jawatankuasa program seramai 14 orang
Rehlah Insaniah Nuqaba’ merupakan satu program yang dijalankan khusus kepada nuqoba’ sebagai persediaan dalam melaksanakan usrah dan pengukuhan dalam berdakwah. Program ini adalah salah satu usaha untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada nuqaba’ mengenai usrah serta gerak kerja yang akan dilakukan sepanjang usrah berlangsung.



Selain itu, matlamat program ini dijalankan adalah bagi mempersiapkan barisan nuqoba’ supaya mampu menguruskan usrah dengan lebih baik dan efisien. Di samping itu, program ini dapat meningkatkan kemahiran barisan nuqoba’ dari segi mengurus, memimpin, komunikasi dan melaksanakan aktiviti dalam usrah yang diamanahkan. Melalui penganjuran program ini, sedikit sebanyak mampu membentuk keperibadian sebagai seorang pemimpin yang mantap dalam diri setiap barisan nuqaba’. Selain itu, program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap pemahaman barisan nuqaba’ mengenai pentingnya bagi mengetahui teknik dan cara mengurus serta mengendalikan usrah dengan betul dan berkesan.
