Oleh: Muhammad Azmiel Sopan Setia
Tanjong Malim, 14 Disember 2024- Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan Piala Bola Jaring FPE 2024 sempena Hari Terbuka FPE 2024. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, mengeratkan hubungan antara pelajar dan kakitangan, serta mempromosikan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan khususnya dalam kalangan pelajar FPE.

Kejohanan Piala Bola Jaring yang diadakan ini menyaksikan penyertaan sebanyak enam pasukan yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan mahasiswi di bawah FPE yang bertempat di Dewan Arena UPSI bermula pada jam 8.00 pagi. Format pertandingan adalah sistem liga dan masa permainan setiap perlawanan adalah 15 minit.

Kejohan ini telah menyaksikan setiap pasukan memberi perlawan yang sengit dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Pasukan Ledger Lions telah memenangi kesemua perlawanan dan secara tidak langsung menjadi johan dalam Kejohanan Piala Bola Jaring FPE 2024 dan diikuti dengan pasukan 14Mates seterusnya pasukan Harum Sundal Malam dan Evonixx yang berkongsi kedudukan
ketiga.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Dr. Khalizul Khalid yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Kejohanan sukan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat pelajar-pelaja FPE, malahan sebagai medium untuk
mengeratkan hubungan silaturahim antara mahasiswa, pensyarah dan semua kakitangan fakulti.

Dr. Khalizul dalam ucapan penutupannya menyatakan rasa bangga terhadap sambutan yang luar biasa pada kejohanan ini. Beliau berharap Piala Bola Jaring FPE akan terus menjadi acara ikonik fakulti di setiap Program Hari Terbuka FPE, yang bukan sahaja mempromosikan gaya hidup aktif mahasiswa tetapi juga
menyemai nilai kerjasama dan merapatkan ukhuwah dalam kalangan warga FPE.

Dengan kejayaan penganjuran Piala Bola Jaring FPE 2024, tidak dinafikan bahawa Piala Bola Jaring FPE kini menjadi acara utama Hari Terbuka FPE yang dapat melahirkan atlet berbakat dan mengamalkan budaya sihat dalam kalangan masyarakat kampus. Semua pihak kini menantikan kejohanan edisi 2025 yang pasti lebih hebat dan meriah!