Oleh: Primelyn Emely
Tanjong Malim, 21 Januari 2025- Persatuan Pendidikan Moral menganjurkan program 3 Minutes Thesis Competition bertujuan untuk pendedahan kepada mahasiswa ISMP Pendidikan Moral tentang cara pembentangan tesis secara ringkas dan tepat dalam masa yang ditetapkan. Selain itu, program ini juga mendedahkan beberapa maklumat dan info yang perlu ada di dalam tesis sekali gus dapat memupuk semangat mahasiswa dalam pembuatan tesis dengan adanya penyediaan hadiah serta sijil bagi peserta dan juga penonton.

Pada sesi pertama iaitu sebelum pertandingan dimulakan, ucapan perasmian dilakukan oleh Dr. Banu sebagai wakil untuk merasmikan program 3 Minutes Thesis Competition. Sesi ini adalah untuk memberikan ucapan terima kasih kepada peserta, penonton serta Ahli Jawatankuasa Persatuan Pendidikan Moral atas kejayaan telah melaksanakan program seperti berikut. Selain itu, Dr. Banu turut menerangkan maklumat-maklumat serta faedah program ini dengan memberikan pendedahan awal kepada mahasiswa semester yang baru.

Slot yang seterusnya adalah peserta diminta untuk masuk ke bilik kuliah mengikut kumpulan masing-masing diikuti para juri setiap bilik diiringi oleh para AJK. Masa telah ditetapkan dan peserta perlulah membentangkan tesis mereka dengan menggunakan masa yang telah diberikan pada setiap peserta. Di sini, peserta akan menerangkan maklumat dan info pada tesis yang telah mereka buat kepada para juri serta penonton. Kemudian, para juri diberikan masa untuk menilai dan beberapa ajk membantu dalam pengiraan markah yang telah diberikan oleh juri kepada peserta yang membentang tersebut.


Setelah pengiraan markah selesai dilakukan, program diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang kemudian ketua juri setiap bilik turut menyampaikan hadiah penghargaan juri untuk setiap bilik. Melalui program ini, Persatuan Pendidikan Moral yakin bahawa pelaksanaan program yang akan datang dapat dilaksanakan dengan lebih baik. Diharapkan program ini mampu memberikan ilmu pengetahuan yang baru kepada para mahasiswa dan mahasiswi dalam penyediaan tesis dengan betul.
