Tg Malim, 6 Februari – Seramai 53 kakitangan UPSI melibatkan 190 orang anak-anak kakitangan  diluluskan bantuan persekolahan anak-anak kakitangan staf UPSI dengan peruntukan keseluruhan peruntukan sebanyak RM16,670.00. Sumbangan ini adalah daripada dana zakat yang diuruskan oleh pihak Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah [WEZAS].

Sumbangan disampaikan oleh Y.Bhg Prof Dato’ Dr Md Amin bin Md Taff, Naib Canselor UPSI di Atrium, Bangunan Canselori, UPSI.

Dalam ucapanya Y.Bhg Dato; menekankan bahawa skim yang dilaksanakan ini merupakan sebahagian daripada amanah dan tanggungjawab UPSI kepada kakitangannya dalam kerangka pekerja sebagai satu ibadah. Dalam waktu yang sama beliau menyatakan penghargaan kepada Pengarah dan warga  WEZAS  atas usaha memberikan bantuan ini. Dato’ Naib Canselor juga memaklumkan pelbagai inisiatif lain juga turut diberikan kepada staf seperti pinjaman tanpa faedah, pinjaman kerusi roda elektrik yang diuruskan  oleh Bahagian Sumber Manusia. UPSI  juga merupakan Universiti pertama yang memberi bantuan kerusi elektrik ini. Beliau juga mengharapkan penerima berkongsilah rezeki melalui bantuan ini bersama dengan Ibu bapa dan manfaatkan sebaiknya bagi persediaan persekolaham anak-anak.

Prof. Madya Dr. Mohd Abdul Nasir bin Abd. Latif, Pengarah WEZAS menyatakan skim ini merupakan salah satu daripada skim yang diperuntukan di bawah Tabung Dana Zakat. Tabung ini diwujudkan bagi meringankan beban warga upsi yang mempunyai tanggungan keluarga serta perbelanjaan persekolahan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang zakat yang terdiri daripada kakitangan UPSI dan Badan Korporat.

Turut hadir dalam majlis yang sama, Puan Mahanum binti Muhammad Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Sumber Manusia Menjalankan tugas Pendaftar UPSI dan En. Mohd Saiful Lizan bin Mohd Lajis, Pengerusi Kesatuan Pegawai Am UPSI (KPA).