Oleh: Amilia Abdul Halil
Tanjong Malim, 25 Feb 2025 – Pusat Pembangunan Akademik (PPA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjukan Bengkel Bimbingan Tenaga Pengajar (TOT) Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) Fasa 2 bertempat di Auditorium, Aras 4, Perpustakaan Tuanku Bainun, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI yang bermula pada 24 Februari 2025 sehingga 25 Februari 2025.
Ceramah KIAR kali ini menampilkan dua (2) penceramah hebat dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya iaitu Ketua Penolong Kanan Penguasa Bahagian Pendidikan Masyarakat, iaitu Tuan Muhammad Zamani bin Othman dan juga Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Tuan Mohamad Tarmize Abdul Manaf.

Selain itu, PPA juga menjemput semula Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian & Pengurusan Pertahanan dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr. Amnah Saayah Ismail untuk memberikan perkongsian tentang kaedah mengajar KIAR.
Bengkel ini melibatkan seramai lebih kurang 50 orang Pensyarah dari tujuh (7) Fakulti yang akan mengajar subjek KIAR pada semester hadapan.
Tujuan bengkel ini adalah sebagai persediaan kepada para pensyarah yang akan tenaga pengajar Kursus UPU 2342: Integriti dan Antirasuah di samping menyahut saranan Kementerian Pendidikan Tinggi supaya Kursus Integriti dan Anti Rasuah (KIAR) dapat diajar oleh pensyarah bidang agar para pelajar dapat menjadikan kandungan kursus ini sebagai panduan dalam menjalankan tugas apabila mereka menceburi bidang kerjaya masing-masing.

Menurut Tuan Muhammad Zamani, sebanyak sepuluh (10) modul akan dikongsikan bersama pensyarah mencakupi Pengenalan Kursus Integriti dan Antirasuah, Integriti Teras Kesejahteraan, Rasuah Dihina, Maruah Dibina, Agensi Pencegahan Rasuah dan Pemerkasaan Integriti, Rasuah Berdasarkan Akta SPRM 2009, Kesalahan Liabiliti Korporat, Jenayah Kolar Putih, Punca, Simptom dan Kesan Jenayah Rasuah, Perangi Rasuah! Lapor, Cegah dan Inisiatif Kerajaan, Institusi Sosial dalam Pembudayaan Integriti dan Anti-Rasuah dan Sesi perkongsian Kaedah Mengajar”, katanya di awal sesi perkongsian.
Bengkel ini sangat bermanfaat kerana dapat memberikan pendedahan yang lebih mendalam mengenai kesan negatif rasuah dan perlakuan tidak berintegriti terhadap masa depan negara.
