Oleh: Nur Fatin Najwa Muhamad Nur Efendi

Tanjong Malim, 28 Februari 2025- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Universiti Kanazawa, Jepun.

Program Mobiliti Tanpa Kredit 2025 antara UPSI dengan Universiti Kanazawa dan Universiti Komatsu merupakan program pertama yang dapat membantu memenuhi KPI mobiliti fakulti serta universiti.

Program ini sekaligus membuka ruang dan peluang bagi pelajar dari Jepun dan UPSI untuk menimba ilmupengetahuan serta mempelajari kepelbagaian budaya.

Program ini sebagai satu inisiatif fakulti bagi mewujudkan pengajaran pelbagai budaya melalui pertukaran pelajar dari Jepun ke Malaysia.

Program Mobiliti ini dilaksanakan selama 14 hari bermula dari 14 Februari sehingga 28 Februari 2025. Bagi mengukuhkan hubungan akademik dan budaya antara UPSI dengan Universiti Kanazawa dan Universiti Komatsu, Jepun, seramai 6 orang pelajar dari pelbagai kursus iaitu 4 orang dari Kanazawa dan 2 orang dari Komatsu diiringi dengan seorang pegawai pengiring iaitu Profesor Hiroshi Yamamotodari Universiti Kanazawa telah mengikuti program ini.

Lawatan ke Institut Kraf Negara (IKN)
Kelas Tarian Tradisional (Tarian Inang)
Aktiviti Kayak
Lawatan ke Melaka

Program ini bertujuan bagi memperluaskan pengalaman pendidikan bagi pelajar dari Jepun dan UPSI. Program ini juga diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar meningkatkan kefahaman mereka mengenai isu dan perspektif global berkaitan dengan kepelbagaian budaya di Malaysia.

Profesor Madya Dr. Abdul Talib Mohamed Hashim dalam ucapannya berkata, Inisiatif ini merupakan langkah penting dalam memupuk kerjasama antarabangsa, pertukaran budaya dan pengayaan akademik.

“Melalui program ini, pelajar berpeluang untuk mendalami pengalaman pembelajaran yang baharu, meluaskan perspektif mereka dan terlibat dalam dialog lintas budaya yang akan membentuk masa depan akademik serta profesional mereka.

“Dalam masa yang singkat, UPSI melalui Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) dengan kerjasama Universiti Kanazawadan Universiti Komatsu telah dapat mewujudkan program mobiliti pertama di UPSI.

“Ianya adalah satu proses yang menakjubkan di mana dapat menyerlahkan komitmen semua yang terlibat terhadap kerjasama global.

Menurut beliau, institusi UPSI tetap teguh dalam misinya untuk memupuk persekitaran pembelajaran, penemuan dan pertumbuhan.

“Kami komited untuk kecemerlangan akademik, inovasi penyelidikan dan penglibatan komuniti. Seiring dengan masa depan, kami teruja dengan beberapa inisiatif yang akan datang, termasuk program akademik yang diperluas, sumber kampus yang ditambah baik dan peluang yang lebih banyak untuk kerjasama antara disiplin.

Welcoming Dinner

“Usaha-usahaini direka untuk mengukuhkan institusi kami dan memperkaya pengalaman pelajar dan fakulti.

“Kami percaya bahawa program ini akan menjadi asas untuk kerjasama masa depan, membuka laluan untuk pertukaran pelajar, kerjasama fakulti, projek penyelidikan bersama dan inisiatif akademik.

“Marilah kita mengambil peluang ini untuk belajar antara satu sama lain dan membina hubungan yang kekal merentasi sempadan,” tambahnya lagi.

International Research Center for Japan Studies, Profesor Hiroshi Yamamoto dalam ucapannya menyatakan, program ini merupakan salah satu usaha yang sangat baik dalam meningkatkan hubungan antara universiti di Malaysia dan Jepun kerana dapat menjalinkan hubungan antarabangsa.

“Program ini bukan sahaja melibatkan pertukaran pelajar semata-mata, tetapi juga melibatkan pertukaran pelbagai pengetahuan dan pengalaman dalam konteks pelbagai sosiobudaya ,” katanya.

“Saya berharap pelajar saya dapat mempelajari pelbagai budaya yang ada di Malaysia melalui program ini. Mereka dapat melalui sendiri proses pembelajaran dan pengalaman baru melalui program ini,” tambahnya lagi.

Salah seorang pelajar Universiti Kanazawa, berkata tentang keterujaan untuk mempelajari budaya di Malaysia.

“Saya sangat seronok dengan aktiviti kayak dan ATV. Ini adalah pengalaman pertama saya menyertai aktiviti ini,” Salah seorang pelajar Universiti Komatsu, turut tertarik dengan keindahan seni Batik.

Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa program ini berlangsung termasuklah lawatan ke Kuala Lumpur, Melakadan Institut Kraf Negara di Rawang di samping mengikuti Kelas Bahasa Inggeris dan Mandarin.

Para pelajar juga dibawa untuk melawat kawasan di sekitar Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) dan Kampus Sultan Abdul Jalil Shah(KSAJS).

Selain itu, para pelajar juga diberi peluang untuk mencuba aktiviti kayak, ATV dan bowling bagi slot edutourism pada hari ke-6. Bagi lawatan ke Kuala Lumpur, pelajar-pelajar telah dibawa ke beberapa tempat seperti Tugu Negara, Petaling Street, Pasar Seni, Menara Kuala Lumpur (KLCC), Menara Berkembar Petronas dan Batu Caves.

Di samping itu, terdapat juga slot Sesi Batik di manapara pelajar ini dibawa ke Institut Kraf Negara (IKN) dan membuat aktiviti Tie-Dye Batik di samping melawat ke Galeri Batik.

Seterusnya, terdapat juga aktiviti di mana mereka mempelajari cara membuat makanan tradisional
dan juga turut menyertai kelas tarian tradisional.

Semasa Majlis Perasmian Pembukaan Program, majlis ini turut dihadiri oleh Profesor Dr. Ramlee Ismail; Dekan Fakulti Pembangunan Manusia ,Profesor Madya Dr. Abdul Talib Mohamed Hashim; Ketua Jabatan Bimbingan Dan Kaunseling, Dr. Hapsah Md Yusof, , Dr. Kway Eng Hock, Ketua Jabatan Pendidikan Khas dan International Research Center for Japan Studies, Profesor Hiroshi Yamamoto.

Program ini telah dirasmikan oleh Profesor Madya Dr. Abdul Talib Mohamed Hashim, Dekan Fakulti
Pembangunan Manusia.

Selepas Majlis Pembukaan Perasmian Program, pada sebelah malam diadakan Majlis Makan Malam sebagai tanda menghargai kedatangan wakil Jepun ke UPSI.

Majlis ini dihadiri oleh Dekan Fakulti Pembangunan Manusia(FPM), Profesor Madya Dr. Abdul Talib Mohamed Hashim; Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) FPM, Profesor Madya Dr. Abdul Halim Masnan; Ketua Jabatan Bimbingan Dan Kaunseling, Dr. Hapsah Md Yusof; Pengarah Pusat Kaunseling UPSI, Dr. Nurul Hasyimah Mat Rani dan barisan pensyarah dari Jabatan Bimbingan dan Kaunseling UPSI.