Oleh Arissa Hasya Auni

Tanjong Malim, 23 April 2025 – Kapten Yazid Football Club atau K.Y FC menganjurkan Sesi Latihan dan Ramah Mesra pada 21 April 2025 dan 23 April 2025 bertempat di Padang UPSI, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS).

Menurut Pengurus Pasukan K.Y FC, Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain, K.Y F.C merupakan kombinasi  pemain bola sepak yang terdiri daripada 13 orang kakitangan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP) dan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC).

“Misi pasukan ini ialah mencipta keajaiban dalam sukan bola sepak Karnival Sukan Staf UPSI atau KIESTA 2025” kata Ahmad

Menurut Ahmad Janatul lagi, K.Y FC sangat bertuah kerana mendapat sokongan daripada Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) FMSP, Dr Sajastanah Imam Koning yang bertindak sebagai Ketua Pasukan dan strategis utama pasukan.

“Latihan diadakan dalam dua sesi bagi memberi pendedahan dan keserasian pemain-pemain untuk bergerak dalam satu pasukan” tambah Ahmad lagi.

.Y FC terdiri daripada Aiman Ikram Uyub, Husnil Amin Zakaria, Malek Sulamin, Mohamad Mu’izz Mohamad Zuki, Mohamad Nor Zakuan Abdul Rashid, Mohd Fauzi Amirudin, Mohd Haizal Abdul Ghafar, Wan Mohd Syaril Anuar Wan Mohd Harith, Zuhal Saari, Mohamad Aliff Mohd Asri, Ahmad Fazleyazid Ahmad Nawawi dan Ikmal Hakim Halimi.

“Setiap sesi latihan dibuat rakaman bagi memberi ruang kepada pemain untuk menilai cara permainan masing-masing.

“Klip video jaringan juga dipertontonkan kepada ahli pasukan untuk memberi motivasi kepada mereka bagi membuat keajaiban semula pada hari pertandingan” kata Ahmad yang pernah bermain bola sepak KIESTA pada tahun 2006.