Sesi Fotografi kanak-kanak dan tenaga pengajar di Fantasia Preschool bersama Fasilitator Sesi Fotografi kanak-kanak dan tenaga pengajar di Fantasia Preschool bersama Fasilitator

Oleh : Prof. Madya Dr. Mazlini Adnan, Siti Aisyah Abdul Rahman, Noorafiqah ‘Adani Noorafinde, Izzi Haqimi Nasrofi

Bayan Lepas, Pulau Pinang, 28 Mei 2025 — Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Matematik) semester 5 yang mengambil kursus Insan Guru Profesional (KPG3013) telah melaksanakan Program PSM: Numerasia UPSI yang melibatkan seramai 22 orang pelajar dan pensyarah kursus iaitu Prof. Madya Dr Mazlini Adnan dari Jabatan Matematik, Fakulti Sains dan Matematik, UPSI bertempat di Fantasia Preschool, Pulau Pinang.

Program ini telah menyasarkan seramai 22 orang murid lingkungan usia 4 hingga 6 tahun dan bertujuan memberi pendedahan awal berkaitan asas dalam subjek Matematik melalui kaedah penyampaian yang interaktif dan aktif serta menyemai rasa suka dan teruja untuk mempelajari nombor dan bentuk, selaras dengan memenuhi keperluan STEM.

Fasilitator memantau dan membantu kanak-kanak untuk menyelesaikan permainan “Perjalanan Si Cawan Mencari Pinggan”
Fasilitator menunjukkan cara permainan dimainkan kepada kanak-kanak bagi permainan “Susun dan Menang, Menaik dan Menurun!”
Sebahagian fasilitator bersama kanak-kanak sewaktu aktiviti permainan dijalankan

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti campuran berasaskan pembelajaran secara permainan (game-based learning) dan aktiviti pergerakan dilaksanakan seperti SenamRobik Lincah 1,2,3, Siapa Kawan Nombor Saya, Susun dan Menang, Menaik dan Menurun!, Perjalanan Si Cawan Mencari Pinggan, Kotak Comel Bentuk Nakal dan Mari Bernyanyi Bersama Bentuk.

Penyerahan cenderhati sebagai tanda penghargaan daripada Fantasia Preschool dan pelajar-pelajar UPSI diwakili oleh Puan Azma serta Cik Anis Solehah
Penyerahan cenderhati sebagai tanda penghargaan daripada Fantasia Preschool dan pelajar-pelajar UPSI diwakili oleh Puan Azma serta Cik Anis Solehah

Aktiviti-aktiviti ini direka khas untuk merangsang pergerakan dan keterujaan, pendedahan nombor dan kiraan asas Matematik serta mewujudkan semangat kerjasama dan tolenrasi murid melalui penyelesaian tugasan permainan dengan pendekatan yang interaktif dan menyeronokkan yang melibatkan topik nombor bulat & bentuk-bentuk asas poligon seperti segi tiga, bulatan dan segi empat.

Pendekatan ini bukan sahaja menyokong pembelajaran yang efektif malah turut menyemai sifat-sifat budi pekerti seperti bantu-membantu, bertolak ansur dan berkeyakinan kerana pelaksaan aktivitinya adalah dalam kumpulan.

Sebahagian fasilitator bersama kanak-kanak sewaktu aktiviti permainan dijalankan

Menyahut seruan pembelajaran abad ke-21, pendedahan kepada pembelajaran secara campuran ini pastinya meningkatkan rasa keterujaan untuk mempelajari tentang nombor terutamanya kerana membenarkan mereka untuk meneroka secara lebih meluas.

Sesi bergambar semasa penyerahan cenderahati kepada kanak-kanak Fantasia Preschool
Sesi bergambar semasa penyerahan cenderahati kepada kanak-kanak Fantasia Preschool

Berikutan dengan dampak positif dan interaksi yang memberangsangkan daripada murid-murid Fantasia Preschool terutamanya, program seperti ini seharusnya dijalankan dan dijadikan panduan pelaksanaan program Matematik pada waktu akan datang