Peserta sajak bersama di atas pentas Peserta sajak bersama di atas pentas

oleh: Unit Buletin Digital e-PENA Kolej Aminuddin Baki, UPSI Edisi Jun 2025

Pertandingan Irama Sajak Ritma Budi Guru 2025 merupakan sebuah program berprestij yang memberi penghormatan kepada para guru melalui penghayatan seni sastera dan irama. Program ini dianjurkan di peringkat kebangsaan bersempena sambutan Hari Guru, dan menjadi platform kepada pelajar-pelajar dari seluruh negara untuk menzahirkan rasa penghargaan terhadap jasa guru melalui persembahan sajak yang disampaikan secara kreatif, berirama dan penuh penghayatan.Seramai 6 orang mahasiswa dari upsi terlah menyertai program ini.

LATAR BELAKANG PERTANDINGAN IRAMA SAJAK RITMA BUDI GURU

Pertandingan Irama Sajak Ritma Budi Guru merupakan acara tahunan peringkat kebangsaan yang memberi penekanan kepada penghayatan sastera Melayu melalui sajak yang disampaikan dengan elemen irama dan kreativiti. Acara ini bukan sahaja mengangkat martabat seni sastera, malah memupuk semangat kecintaan terhadap bahasa ibunda, budaya dan nilai murni dalam kalangan mahasiswa serta pelajar seluruh negara. Tahun ini, pertandingan berlangsung dengan lebih meriah dan kompetitif, menghimpunkan peserta-peserta terbaik dari pelbagai institusi pendidikan.

Penglibatan dalam pertandingan ini memberi peluang besar kepada mahasiswa untuk menyerlahkan bakat seni, meningkatkan jati diri dan membentuk sahsiah terpuji. Selain itu, ia menjadi platform mengasah kemahiran komunikasi, kerja berpasukan dan kepimpinan. Pertandingan ini juga membuka ruang kepada mahasiswa untuk menghayati nilai pengorbanan, ketabahan serta semangat patriotisme, khususnya dalam menghargai jasa guru yang menjadi tunjang kejayaan generasi muda.

PERJALANAN PROGRAM IRAMA SAJAK RITMA BUDI GURU

Program ini berlangsung pada pukul 2 petang dengan kehadiran peserta seramai 6 orang. Terdapat ramai  penonton telah teruja untuk menantikan pertandingan bermula. Kehadiran juri juga disambut meriah oleh para penonton dan peserta. Setelah itu,program dilanjutkan lagi dengan pertandingan sajak tepat pada pukul 2.30 petang.  

Sekitar jam 4.00 petang, kesemua peserta Pertandingan Irama Sajak Ritma Budi Guru selesai mempersembahkan sajak masing-masing dengan penuh semangat dan penghayatan. Seusai persembahan terakhir, sesi pemarkahan dimulakan oleh barisan juri profesional yang berpengalaman luas dalam bidang sastera dan seni persembahan. Penilaian dilakukan secara teliti dan menyeluruh, mengambil kira aspek intonasi, penghayatan, penguasaan pentas, kelunakan suara serta keaslian penyampaian setiap peserta. Setelah proses pemarkahan selesai, juri turut mengambil kesempatan memberikan komen serta maklum balas yang membina kepada setiap peserta, agar mereka dapat memperbaiki mutu persembahan pada masa akan datang. Seterusnya, keputusan rasmi diumumkan dengan penuh debaran, bermula dengan pengumuman pemenang tempat ketiga, diikuti tempat kedua, dan akhirnya tempat pertama yang dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Pengumuman tersebut disambut dengan tepukan gemuruh dan sorakan daripada para peserta serta hadirin yang hadir. Dengan itu, program berprestij peringkat kebangsaan ini melabuhkan tirainya dengan jayanya, meninggalkan kenangan manis serta pengalaman berharga buat semua yang terlibat.

KESAN DAN IMPAK PENYERTAAN

Penyertaan Kolej Aminuddin Baki dalam Pertandingan Irama Sajak Ritma Budi Guru 2025 telah membawa impak besar kepada pembangunan sahsiah dan kemahiran pelajar. Ia bukan sahaja membuka ruang untuk menonjolkan bakat seni, malah menjadi bukti keupayaan mahasiswa upsi dalam mengangkat martabat universiti di peringkat kebangsaan. Melalui pertandingan ini, mahasiswa dapat membentuk jati diri seimbang, memupuk rasa bangga terhadap bahasa dan budaya, serta mengasah bakat kepimpinan yang akan menjadi aset penting pada masa hadapan.

Latihan intensif yang dilalui telah menguji ketahanan mental, emosi dan fizikal para peserta. Namun, berkat usaha gigih, semangat berpasukan dan sokongan padu pihak kolej, peserta berjaya memberikan persembahan yang berkualiti tinggi, sekaligus membuktikan kemampuan mahasiswa UPSI bersaing di pentas besar. Penyertaan ini juga meningkatkan kesedaran tentang pentingnya seni sastera sebagai medium pendidikan dan pembentukan sahsiah.

Penonton yang tidak sabar menunggu pertandingan dimulakan
SESI Pemarkahan sedang dijalankan oleh pihak juri
Pertandingan dimulakan dengan peserta pertama

PENUTUP

Penyertaan peserta dari upsii dalam Pertandingan Irama Sajak Ritma Budi Guru Peringkat Kebangsaan 2025 adalah manifestasi komitmen individu dan universiti dalam memperkasakan pembangunan holistik mahasiswa. Kejayaan bukan sekadar diukur melalui kedudukan pertandingan, tetapi lebih utama adalah nilai pengalaman, semangat kesatuan dan jati diri yang terbentuk sepanjang proses persiapan dan penyertaan. Program seperti ini harus terus disokong dan diperkasa agar bakat seni dan budaya dalam kalangan mahasiswa dapat terus berkembang, sekaligus memperkukuh identiti kebangsaan dan martabat universiti di persada negara.