Oleh: Abbas Ali Iftikhar Hussain

Tanjong Malim, 19 Jun – Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid Sidang 2024/2025 menerusi Exco Blok Kediaman 5 (Altraix) telah menganjurkan program Altairix Showdown: “Tekan Tekan Menang”, iaitu kejohanan permainan video Tekken 8 yang berlangsung di Dewan Harun Aminurrashid, UPSI.

Penasihat Program merangkap Felo Blok Kediaman 5, Encik Mohd Izzat bin Abdul Rahman dalam ucapannya, menyatakan bahawa penganjuran ini adalah langkah progresif dalam membina komuniti blok yang lebih dinamik dan inklusif. “Program seperti ini menunjukkan bagaimana e-sukan dapat menjadi jambatan sosial yang menyatukan penghuni kolej dalam suasana sihat dan harmoni,” katanya.

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan membina semangat kekitaan dalam kalangan penghuni Blok Kediaman 5 dan 6 melalui aktiviti interaktif yang menyeronokkan. Pertandingan ini telah menghimpunkan 16 peserta dengan format single elimination, manakala lebih 100 penonton memeriahkan suasana.

Menurut Pengarah Program, saudara Hiranyan A/L Ravichandran, program ini memberi peluang kepada penghuni blok untuk berinteraksi dalam suasana santai sambil mengasah bakat dan semangat kesukanan. Penyertaan terbuka, peraturan tanpa DLC dan penggunaan platform Challonge telah memastikan kelancaran serta keadilan pertandingan.

(Booth perlawanan santai kepada penonton ingin mencuba permainan Tekken 8)
(Perlawanan permainan yang dipaparkan pada skrin LED)

Altairix Showdown turut menyumbang kepada pembangunan kemahiran insaniah dan menyokong matlamat pembangunan mampan , seiring usaha membentuk komuniti kolej yang inklusif, harmoni dan berdaya saing dalam era digital.