Oleh: Hanis Umayrah Jamaluddin
TANJONG MALIM, 23 Jun 2025 – Malam penuh makna dan emosi menyelubungi setiap barisan kepimpinan PERGEO Ilektra apabila Persatuan Geografi (PERGEO) mengadakan program ‘Farewell and Appreciation Night’ sebagai penutup tirai sesi kepimpinan sidang 2024/2025. Program ini menjadi detik terakhir perjumpaan bulanan buat seluruh barisan Majlis Tertinggi, Exco, Rakan Exco dan Wakil Batch seramai 93 orang untuk berkumpul dan menzahirkan penghormatan atas segala usaha sepanjang tahun.

Program ini telah melibatkan seluruh barisan kepimpinan PERGEO Ilektra seramai 93 orang yang terdiri daripada semester dua hingga semester enam. Majlis dimulakan dengan bacaan doa seterusnya ucapan alu-aluan oleh Timbalan Yang Di-Pertua 1, Nik Muhammad Amar Fitri. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih buat semua barisan kepimpinan yang telah berjaya menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan sepanjang menjalankan tugas.

Program diteruskan lagi dengan ucapan Yang Di-Pertua Persatuan Geografi, Muhammad Syafiq Razali merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada setiap kepimpinan. Persatuan Geografi 2024/2025 telah berjaya menjalankan 58 program daripada setiap Exco dan Rakan Exco. Program yang dijalankan terdiri daripada program kolaborasi, kesukarelawanan, akademik dan sukan. Menurut beliau, walaupun sepanjang menjalankan tanggungjawab menghadapi pelbagai cabaran, namun setiap ahli jawatankuasa berjaya menjalankan tugas dengan berdedikasi dan profesional.
Program diteruskan lagi dengan pemulangan fail kertas kerja yang telah dijalankan oleh setiap barisan Exco kepada Setiausaha Persatuan Geografi. Hal ini menandakan penyerahan tugas serta tanggungjawab yang telah dipikul sepanjang sesi. Proses ini bukan sekadar simbolik, malah menjadi refleksi kepada komitmen serta dedikasi yang telah dicurahkan oleh setiap individu dalam memastikan kelancaran program.

Program ini diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan makan malam buat semua barisan kepimpinan PERGEO. Malam itu menjadi saksi hubungan sillalturrahim yang era tantara setiap barisan kepimpinan. Program ‘PERGEO Farewell & Night Appreciation’ bukan sekadar majlis perpisahan dan pembubaran, tatpi satu penghargaan terhadap usaha dan pengorbanan yang terbina. Semoga segala pengalaman dan kenangan menjadi inspirasi untuk terus menggapai kejayaan di masa hadapan.
