Peserta Bergambar KumpulanPeserta Bergambar Kumpulan

oleh: Arissa Hasya Auni

Tanjong Malim, 26 Jun 2025 – Pejabat Karang Mengarang (PKM) menganjurkan Bengkel Pengurusan Jurnal dan Open Journal System (OJS) untuk 33 Jurnal UPSI pada hari ini bertempat di Makmal IT, Perpustakaan Tuanku Bainun.

Menurut Pengarah PKM, Profesor Madya Dr Nordiana Hamzah, bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan pengurusan jurnal kepada Ketua Editor dan Editor jurnal agar dapat menguruskan jurnal dengan baik.

“Pemilihan Arpizah Atan, Ketua Seksyen Jurnal, Penerbit Universiti Utara Malaysia (UUM) sangat tepat kerana beliau berjaya menguruskan jurnal di UUM sehingga mendapat pengindeksan Scopus” tambah Dr Nordiana.

Dr Nordiana Ketika Dalam Bengkel
Arpizah Atan Memberi Bimbingan Kepada Peserta

Menurutnya lagi, Arpizah Atan antara individu terawal yang membantu pengurusan Pusat Sitasi Malaysia dan pernah ditawarkan untuk berkhidmat di pusat tersebut.
“UPSI kini, ke arah mendapatkan pengindeksan Scopus bagi jurnal dalam pendidikan setelah menerima dua jurnal berindeks Scopus dalam bidang konten” kata Nordiana.

Sementara itu, dalam slot bengkel yang dikendalikan oleh Arpizah Atan, beliau berkongsi pengalaman menguruskan jurnal lebih 20 tahun selain memberi panduan kepada para peserta berkaitan pengindeksan Scopus dan WoS.

Beliau turut memberi bimbingan kepada empat jurnal UPSI yang bakal memohon pengindeksan Scopus termasuk menjelaskan kepentingan sitasi bagi jurnal-jurnal tersebut.

Arpizah turut berkongsi berkaitan amalan terbaik dalam pengurusan jurnal termasuklah carta alir kerja sidang editor, semakan jurnal, penilaian dan pemantauan jurnal, “road map scopus” dan cabaran menguruskan jurnal.

Pada sebelah petangnya, Sesi Bimbingan OJS dikendalikan oleh Pengurus Editor PKM yang juga Penolong Pegawai Tadbir, Mohd Shahrizal Mohamad Ridzuan dengan memfokuskan tatacara pengurusan jurnal dalam OJS. Slot ini sangat baik dalam membantu sidang editor menguruskan jurnal mereka khasnya melibatkan empat jurnal baharu.

Arpizah Atan Memberi Bimbingan Kepada Peserta
Mohd Shahrizal Ketika Mengendalikan Sesi Bimbingan

Menurut Ketua Seksyen Penerbitan Jurnal PKM, Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain, bengkel ini dihadiri lebih 20 orang peserta yang terdiri daripada ketua editor dan editor jurnal

“Dengan bimbingan yang diberikan dalam bengkel ini, para editor jurnal sudah bersiap sedia untuk mengemukakan permohonan MyCITE yang akan ditutup pada Julai 2025 dan juga permohonan pengindeksan berimpak tinggi seperti Scopus” tambahnya ketika mengakhiri perbualan.