Slot Bersama Muhammad Syamil ShaharudinSlot Bersama Muhammad Syamil Shaharudin

Oleh: Nurul Faesuhaila Ab Rahman

Tanjong Malim, 22 Jun 2025 – Bertempat di Student Lounge Bitarasiswa, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS), Program Open Workshop: Inspiring Future Eco-preneurs telah berjaya dianjurkan dengan meriah oleh Exco Ekonomi dan Keusahawanan, Persatuan Mahasiswa Teknologi Kejuruteraan (PERMATEK), Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV) dengan kerjasama Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK).

Program ini melibatkan seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dari pelbagai jurusan, dan diselia oleh 10 orang Ahli Jawatankuasa PERMATEK.

Program ini bukan sahaja memberi ruang kepada mahasiswa untuk menonjolkan bakat kreatif melalui aktiviti DIY Upcycling T-Shirt Ke Totebag, malah berjaya menyuntik semangat berniaga dan cintakan alam sekitar. Justeru program ini bertepatan dengan elemen yang ingin diketengahkan iaitu elemen kelestarian, keusahawanan dan seni,

Soroton utama program ini adalah Slot ceramah Dari Hobi ke Business” yang menampilkan Muhammad Syamil Shaharudin yang merupakan mahasiswa dari jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni), dari Fakulti Seni, Kelestarian & Industri Kreatif (FSKIK) yang baru sahaja bergiat dalam bidang perniagaan. Walaupun masih baru, beliau berjaya mendapat sokongan penuh daripada pelbagai pihak dan komuniti sekeliling. Sehingga kini beliau telah berjaya menjual hampir 900-unit shoulderbag hasil tangannya sendiri. 

Slot 2 Workshop Kraf
Hasil bengkel DIY totebag X Pertandingan

Kisah inspirasi ini membuka mata peserta bahawa minat dan kemahiran hijau boleh dijadikan batu loncatan ke arah keusahawanan yang mampan. Ceramah ini telah membakar semangat mahasiswa untuk menjadikan hobi mereka sebagai peluang perniagaan yang sebenar.

Workshop kraf yang dijalankan mendorong peserta menghasilkan totebag kreatif daripada t-shirt terpakai, sekali gus mendidik mereka tentang konsep 3R (Reduce, Reuse, Recycle). Aktiviti kemuncak iaitu pertandingan “Totebag Paling Kreatif” turut mencetuskan suasana ceria dan semangat bersaing yang sihat. Peserta menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menghasilkan rekaan yang unik dan bernilai.Secara keseluruhan, Open Workshop: Inspiring Future Eco-preneurs bukan sekadar satu bengkel kreatif, tetapi merupakan satu platform holistik untuk memupuk nilai kelestarian, kreativiti serta semangat keusahawanan dalam kalangan mahasiswa UPSI. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penglibatan yang lebih meluas dan impak yang lebih mendalam kepada komuniti.