Oleh: Nur Irdina Batrisyia Nor Hasnan

Tanjong Malim, 21 Mei 2025- Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS), Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) telah menganjurkan program Food4all: Rezeki Bersama yang berlangsung di Makmal Lisan Sejarah, UPSI Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS). Program ini melibatkan mahasiswa Jabatan Sejarah.

Poster hebahan Food4all:Rezeki bersama

Program Food4all: Rezeki Bersama dianjurkaan bertujuan untuk mencapai beberapa matlamat penting. Antaranya ialah membantu menangani kos sara hidup dalam kalangan mahasiswa terutamanya mahasiswa Sejarah untuk mendapatkan keperluan makanan harian dan menggalakkan mahasiswa untuk lebih cakna dan prihatin antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, pemberian pek bantuan makanan ini juga diharapkan mampu meringankan beban kewangan para mahasiswa terutamanya dari segi kos kewangan makanan. Jumlah penerima pek bantuan makanan ini adalah seramai 20 orang.

Program Food4all: Rezeki Bersama anjuran PERMAS telah berjalan dengan lancar. Program ini secara tidak langsung menyokong matlamat SDG3 dengan menyediakan makanan kepada mahasiswa yang memerlukan sekaligus mengurangkan kadar kelaparan dan kekurangan zat makanan malah memastikan pek makanan yang disumbangkan memberikan manfaat kepada setiap penerima. Pek makanan yang diagihkan mengandungi biskut berkrim, mi segera, serbuk teh, gula 1 paket, telur dan juga beras.

Proses pengagihan makanan bermula pada jam 9.00 pagi. Namun seawal jam 8.00 pagi, ahli jawatankuasa telah berkumpul di Makmal Lisan Sejarah bagi memudahkan sesi pembungkusan pek makanan. Seramai 20 orang penerima pek makanan memberi kerjasama yang baik dan datang pada hari dan waktu yang ditetapkan. Program ini bukan sahaja menyediakan pek makanan tetapi juga menimbulkan sifat prihatin dan saling membantu. Penerima tidak akan merasakan mereka keseorangan dalam menghadapi kesulitan,

Program Food4all: Rezeki Bersama yang dianjurkan oleh PERMAS telah mencapai matlamat utamanya dalam membantu mahasiswa, khususnya mahasiswa Sejarah, yang menghadapi kesulitan kewangan untuk mendapatkan keperluan makanan harian. Program yang melibatkan mahasiswa yang terdiri daripada pelbagai latar belakang ini merupakan usaha untuk mengalakkan kerjasama dan perpaduan antara satu sama lain. Hal ini akan membantu mengukuhkan komuniti mahasiswa dalam mencipta masyarakat yang lebih harmoni.