Peserta Bengkel Editing Capcut : Melakar Sejarah dengan Visual bersama Panel

Oleh : Ahmad Syamil Hakimi Sukiman

Tanjong Malim, 8 November 2025- Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS), Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan program Bengkel Editing CapCut: Melakar Sejarah dengan Visual. Program ini berlangsung secara atas talian melalui platform Google Meet.

PERMAS telah menjemput Encik Ammar Akmal, penulis buku di bawah syarikat penerbitan The Patriots, untuk mengendalikan sesi latihan asas penyuntingan video menggunakan aplikasi CapCut. Sesi tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai teknik suntingan yang mudah, praktikal dan sesuai diaplikasikan dalam penghasilan kandungan media semasa.

Ucapan Pengarah Program

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai teknik asas dan lanjutan dalam penyuntingan video menggunakan aplikasi CapCut. Melalui platform Google Meet, bengkel ini membolehkan peserta mempelajari kemahiran digital yang amat relevan dalam era teknologi masa kini, terutamanya dalam bidang penyediaan bahan multimedia bagi tujuan akademik dan promosi organisasi.

Selain itu, penganjuran bengkel ini juga mencerminkan usaha PERMAS dalam memperkasa ahli-ahlinya dengan kemahiran insaniah dan teknikal yang seimbang. Kehadiran penceramah jemputan, Ammar Akmal menambah nilai kepada program ini melalui perkongsian ilmu dan pengalaman beliau dalam bidang penyuntingan video. Yuran penyertaan yang rendah serta penyediaan Champ turut menjadi galakan kepada pelajar untuk menyertai bengkel ini dengan lebih aktif.

Pprogram ini bukan sahaja memperkukuh kemahiran digital dalam kalangan mahasiswa, tetapi juga menyemai semangat kreatif dan inovatif dalam menghasilkan kandungan yang berkualiti. Inisiatif ini selaras dengan matlamat PERMAS untuk melahirkan mahasiswa sejarah yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga mahir menggunakan teknologi sebagai alat komunikasi dan penyampaian ilmu.