oleh : Pn.Muliati Samad
Tanjong Malim, 18 Oktober 2025 – Library Fun Run yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Perpustakaan Tuanku Bainun bersempena Pesta Buku UPSI kali ke-20 telah berlangsung dengan penuh meriah.
Program ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 516 orang peserta yang bukan sahaja terdiri daripada warga UPSI, malah turut melibatkan pelajar sekolah dan komuniti setempat.
Penganjuran program ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti larian santai, malah turut menjadi platform untuk mengeratkan jalinan ukhuwah serta semangat kebersamaan antara Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan masyarakat sekitar.



Selain itu, pelaksanaan program ini juga menjadi wadah untuk memperkukuh peranan perpustakaan sebagai pusat ilmu yang aktif dan inklusif dalam mendekatkan institusi pendidikan tinggi kepada komuniti, di samping memupuk minat membaca serta menyemarakkan budaya ilmu dalam kalangan peserta dan pengunjung Pesta Buku UPSI.
