Oleh: Nur Afiqah Ramli

TANJONG MALIM, 15 November 2025 – Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid (KHAR), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan sebuah program berteraskan keusahawanan dan kebudayaan yang merangkumi bengkel kemahiran serta pertandingan solekan.

Program Beauty Artistry Class ini dilaksanakan bagi memperkasa bakat solekan dan menyerlahkan kreativiti dalam industri kecantikan.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberikan mahasiswi pengetahuan, kemahiran dan pendedahan yang mendalam kepada pelbagai jenis solekan yang mempunyai kesan khas.

Program ini berlangsung di Atrium, Pusat Pelajar, UPSI
Sesi tutorial bersama TOUCH BY SAI

Melalui penganjuran ini, para peserta bukan sahaja didedahkan dengan teknik solekan profesional, malah diberi peluang mempamerkan hasil karya secara kompetitif dan berinovatif.

Dengan kerjasama utama TOUCH BY SAI dan Pesta Konvokesyen UPSI 27, program ini berjaya menarik penyertaan seramai lebih 60 orang mahasiswi UPSI.

Panel jemputan, Nursaidatul Zalfierah Hamizan, merupakan mahasiswa ISMP Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, turut berkongsi kepakaran beliau melalui slot Tutorial Solekan. Dalam sesi tersebut, beliau memperincikan pelbagai teknik asas dan beberapa kaedah solekan  yang lain.

Melalui penganjuran ini, para peserta menerima pendedahan mendalam mengenai dunia solekan secara praktikal dan sistematik, sekaligus meningkatkan keyakinan serta kemahiran mereka dalam menghasilkan gaya solekan kreatif dan berkualiti.

Cogan kata program, “Glow with Grace”, mencerminkan misi utama untuk  membina keyakinan diri melalui seni solekan, di samping memupuk nilai keanggunan, kreativiti dan profesionalisme dalam kalangan peserta.

Dalam sesi tersebut, beliau memperincikan pelbagai teknik asas dan  dan beberapa kaedah solekan  yang lain.

Sesi tutorial bersama TOUCH BY SAI
Ucapan Pengarah Program

Melalui penganjuran ini, para peserta menerima pendedahan mendalam mengenai dunia solekan secara praktikal dan sistematik, sekaligus meningkatkan keyakinan serta kemahiran mereka dalam menghasilkan gaya solekan kreatif dan berkualiti.

Pengarah program, Afrina Wafa Abdul Wahhib, dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Hakikatnya, Program Beauty Artistry merupakan sebuah platform penting bagi para wanita untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang solekan, sekali gus membuka ruang dan peluang untuk menceburi dunia perniagaan dalam industri kecantikan.

Dengan harapan, semoga program ini terus memberi aspirasi kepada lebih ramai mahasiswi untuk menggali potensi diri dalam bidang kecantikan dan keusahawanan, seterusnya melahirkan generasi wanita yang kreatif, berdaya saing dan berwibawa.